Tuesday 31 May 2016

PIR, BUAH YANG TIDAK HANYA RANGUP & MANIS TETAPI JUGA MENYIHATKAN!

Tags


(**)Buah merupakan tumbuhan asli negara di kawasan Eropah ini telah banyak ditanam di Asia kerana permintaan pelanggan yang tinggi. Pir disenangi bukan hanya kerana rasanya yang enak, rangup dan manis tetapi juga mempunyai manfaat untuk kesihatan yang berbeza-beza.

(**)#Menyihatkan Pencernaan

(**)Satu buah pir mengandungi 5.5 gram serat. Hal ini bermakna, dengan mengambil 1 biji buah pir, kita sudah memenuhi 1/4 keperluan serat harian dalam tubuh. Ketika keperluan serat dipenuhi, sistem pencernaan dalam tubuh bekerja dengan lancar. Hal ini disebabkan serat membantu tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral dari makanan yang secara langsung akan membantu mencegah dan meringankan sembelit.

(**)#Mengawal Tekanan Darah

(**)Satu biji pir membekalkan 212 miligram kalium. Kalium adalah mineral yang membantu jantung untuk berdegup secara normal dan membuat otot-otot bekerja dengan lancar. Selain itu, pir juga dilengkapi dengan anti-karsinogen glutathione dan antioksidan yang bermanfaat untuk mengawal tekanan darah dalam tubuh.

(**)#Mengurangkan Risiko Strok

(**)Mengambil buah pir setiap hari akan mengurangkan risiko strok. Sebuah hasil kajian menunjukkan bahawa sebiji pir sehari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 52%. Selain itu, dalam kajian tersebut juga didapati bahawa flavonoid dalam pir dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, serta kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung.

(**)#Meningkatkan Kekebalan

(**)Pir mengandungi 7,5 miligram vitamin C, iaitu kira-kira 10% daripada keperluan harian. Vitamin C membantu mencegah jangkitan dan menjaga agar sistem kekebalan tubuh tetap kuat. Kandungan antioksida yang tinggi seperti Vitamin C membantu tubuh dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan pelbagai penyakit.

(**)#Mencegah Osteoporosis

(**)Pertambahan usia membawa cabaran tersendiri pada kesihatan tubuh, salah satunya adalah osteoporosis. Pir yang kaya akan boron akan membantu proses penyerapan kalsium dalam tubuh untuk menguatkan tulang dan mencegah terjadinya osteoporosis.


EmoticonEmoticon