(**)Tahukah anda dengan diet yang sihat, anda boleh mendapatkan perut idaman bak supermodel Victoria’s Secret. Ada cara mudah, cepat namun sihat boleh anda amalkan di rumah. Cuba 5 resepi ini, Inshaallah anda boleh dapatkan perut bak Kendall Jenner.
(**)Bermula dengan sarapan
(**)Anda perlukan 1 instant oatmeal, 1 cawan buah berry – ikut kesukaan anda, 1 batang pisang, 2 sudu makan kacang yang dikisar halus
(**)Cara buat:
(**)Tuangkan instant oatmeal ke dalam mangkuk lalu campurkan dengan kacang. Aduk rata dan taburkan buah berry di atasnya.
(**)Snek pagi
(**)Hanya mengunyah badam dan beberapa buah limau.
(**)Makan tengahari
(**)Untuk membuat caesar salad, anda perlukan-
(**)4-5 keping roti untuk croutons
(**)2 sudu butter
(**)2 sudu parsley yang telah dicincang halus (atau guna yang kering)
(**)1 sudu teh garlic powder
(**)2-3 keping anchovies di hancurkan (jeruk ikan yg dalam boto)
(**)1 ulas bawang putih disagat halus
(**)1/2 cawan serbuk parmesan cheese
(**)3/4 cawan minyak zaitun
(**)1 biji lemon diambil jus
(**)garam dan pepper secukup rasa
(**)Romaine lettuce dicarik-carikkan
(**)Cara-cara-
(**)1. Untuk buat croutons, campurkan butter, garlic powder, dan parsley. Kacau sebati. Sapu dekat roti dan bakar dalam oven sampai garing. Lebih kurang 5-6 minit. Sejukkan dan setelah sejuk, di potong bentuk dadu.
(**)2. Untuk salad dressing, dalam mangkuk, campurkan anchovies, bawang putih, minyak zaitun, lemon jus, dan parmesan cheese dan kacau sebati. Perisakan dengan garam dan pepper secukupnya.
(**)3. Toskan lettuce dengan salad dressing sejurus sebelum dihidangkan. Dan taburkan croutons diatasnya.
(**)Minum petang
(**)Cuba taburkan serbuk kayu manis ke atas greek yogurt untuk tambah kesedapan dan mengenyangkan.
(**)Makan malam
(**)Anda perlukan 5 auns ikan salmon, 1 ikat sayur bayam, 1 sudu kecil minyak zaitun, 1 ulas bawang putih
(**)5 auns ikan salmon
(**)1 ikat sayur bayam
(**)1 sudu kecil minyak zaitun
(**)1 ulas bawang putih
(**)Cara buat:
(**)Ikan salmon dibakar. Untuk bayam, rebus bayam dengan mencampurkan minyak zaitun dan bawang putih ke dalam air rebusan. Angkat dan tiriskan. Anda boleh taburkan pepper.
EmoticonEmoticon