Tuesday 31 May 2016

6 MAKANAN BANTU BERHENTI MEROKOK

Tags


(**)Pernahkah anda berfikir apa cara untuk membuatkan orang yang anda sayang berhenti merokok? Melalui makanan? Disiplin? Boleh dikatakan perkara yang paling penting ialah niat dan kesungguhannya untuk berhenti merokok. Kami senaraikan beberapa makanan yang boleh juga dapat membantu seseorang itu berhenti merokok.

(**)1. Madu – Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.

(**)2. Makanan Masin – Tahukah anda, makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu anda lakukan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.

(**)3. Halia & Bawang Putih – Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

(**)4. Kayu Manis – Dikatakan menghirup aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang seperti sedang ‘bermimpi’. Memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.

(**)5. Epal – Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

(**)6. Susu – Ketika anda merokok, bibir anda kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.


EmoticonEmoticon