Tuesday, 31 May 2016

TIPS BERGUNA! CARA BERDEPAN DENGAN SI DIA YANG JENIS HEBOH MASALAH DI FACEBOOK

Tags


(**)Wanita. Semua benda mahu bercerita, meluahkan rasa hati, langsung tak boleh diam. Paling dashsyat mereka ini tanpa segan silu memberitahu satu dunia mengenai emosi mereka terhadap pasangan di status Facebook. Beratus like dan berpuluh komen yang diterima. Dan lelaki, terusan mendiamkan diri.

(**)Kita sedia maklum, lelaki biasanya tidak suka menunjukkan perasaan mereka. Apatah lagi meluahkan apa yang mereka rasa. Tidak kiralah kepada rakan rapat, adik beradik, mahupun sesiapa jua. Mereka lebih bersikap memendam dan melupakan sahaja.

(**)Jika anda melihat wanita sebegini, apa yang anda ingin lakukan?

(**)Duhai lelaki, lakukan ini andai anda berdepan dengan pasangan yang sentiasa update masalah di Facebook.

(**)#Beri respon

(**)Cuba beri respon walaupun anda merasakan ianya tidak perlu. Jangan mendiamkan diri. Sebabnya apabila anda berdiam ia lebih menimbulkan rasa marah dan sentap, sekurang-kurangnya beri sedikit respon kepada mereka. Sungguhpun tidak mahu komen di status yang dimuat naik itu, komen ketika anda berdua dengannya pun sangatlah membantu. Itu lebih matang dan lebih menyentuh hati. Jika anda komen di status yang dimuat naik dan andainya status itu menyentuh perasaan tidak puas hatinya ia lebih menimbulkan rasa kecik hati dan rasa marah. Jalan terbaik berdepan dan selesaikan dengan cara yang matang.

(**)#Tegur dengan berhemah

(**)Wanita ini sebenarnya lebih banyak menggunakan emosi apabila mahu menyelesaikan percanggahan yang berlaku. Hakikatnya, lelaki sebenarnya lebih rasional. Disebabkan itulah wanita lebih suka meluahkan perasaannya dan sebolehnya dia mahu satu dunia tahu dia sedang bersedih, jadi medium terhebat adalah Facebook.

(**)Sebagai contoh, jika teman wanita anda yang meluahkan ketidak puasan hati di Facebook, cuba tegur dia dengan penuh hemah. Caranya dengan mengungkap ‘I LOVE YOU’ kepadanya, walaupun tidak selalu tetapi perkataan tersebut sangatlah eksklusif dan nescaya hatinya akan lembut. Percayakah anda, terlupa ungkapan perkataan ini ketika mahu ke pejabat boleh mengundang perang dunia ketiga. Jadi waspada wahai lelaki.

(**)#Komen nakal

(**)Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia menampakkan anda adalah suami atau pasangan yang sweet.

(**)#Jangan ambil kisah

(**)Lelaki, anda perlu sedia maklum itu sebenarnya salah satu cara terapi wanita hilangkan stres dan kebosanan mereka. Jadi sebagai kaum yang kuat dengan prinsip ini usah ambil kisah sangat. Anggaplah itu hanyalah permainan daripada isteri untuk menambah keceriaan dalam dirinya. Jangan pula anda yang stres.


EmoticonEmoticon