Monday, 30 May 2016

MAKAN TELUR MENTAH 3 BIJI SEHARI RAHSIA NENEK INI UMUR PANJANG

Tags


(**)Emma Morano, berusia 116 tahun dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 16 Mei lalu.

(**)Pasti anda tertanya-tanya apa agaknya rahsia nenek ini. Hurmmm melalui pemakanan yang sihat. Ya!

(**)Morano yang berasal dari Verbania, Itali telah berkongsi rahsia di sebalik umurnya yang panjang itu. Menurut Morano, rahsianya ialah dengan mengamalkan makan tiga biji telur mentah setiap hari dan menjauhkan diri daripada lelaki.

(**)Morano pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada tahun 1938 selepas kematian anaknya.

(**)“Saya tidak mahu didominasi oleh sesiapa,” kata Morano.

(**)Tambah Morano lagi, petua mengamalkan telur mentah sebagai diet harian itu disaran oleh doktornya setelah didignosis menghidap penyakit anemia.

(**)Selain petua itu, dia turut mengamalkan memakan daging cincang dan meminum susu pada sebelah malam.

(**)Semasa Morano dimaklumkan tentang pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh Rekod Guinness, dia memberitahu laman Telegraph menerusi penjaganya, “Saya seusia dengan gunung ganang.”

(**)Kata penjaga Morano iaitu Rosi Santoni, walaupun dia telah lanjut usia, namun kesihatan Morano adalah berada pada tahap yang memberangsangkan.


EmoticonEmoticon