(**)Projek DIY ini khas buat mereka yang gemarkan gaya hiasan dalaman ala boho chic! Untuk lebih menceriakan kediaman anda seperti bilik tidur, ruang tamu mahupun kawasan meja makan dalam rumah, anda bolehlah menambah karakter pada gaya penataan dengan menerapkan sisi artistik menggunakan tanglung doily ini.
(**)Doily ataupun serbet kecil jenis kait ini kebiasaannya digunakan untuk mengalas perhiasan seperti pasu bunga atau sebagai alas menarik di meja konsol. Meskipun begitu, anda sebenarnya bisa membina satu projek DIY menggunakan lebihan doily lama untuk dijadikan terendak lampu. Nak tahu macam mana? Jom belajar.
(**)Bahan-Bahan:
(**)Beberapa alas doily (mengikut saiz kebesaran rumah/terendak lampu yang anda kehendaki)
(**)Belon (ditiup)
(**)Vaseline atau apa sahaja jenis cecair yang boleh melicinkan permukaan belon
(**)Gam PVA, gam kayu atau gam khas untuk kertas dinding (pastikan guna gam putih senada dengan warna doily atau gam jernih)
(**)Berus untuk menyapu gam
(**)Mentol lampu LED atau apa sahaja mentol pilihan anda
(**)Langkah 1
(**)Tiup belon. Lebih besar belon anda, lebih cantik hasilnya. Sapu Vaseline pada keseluruhan permukaan belon.
(**)Langkah 2
(**)Kumpulkan kesemua doily yang anda mahu gunakan untuk projek ini. Cuba guna doily yang tidak terlalu serabut supaya senang untuk dicantumkan bersama helaian doily yang lain.
(**)Langkah 3
(**)Rendam doily berkenaan dalam bancuhan gam. Gam kayu akan bantu doily melekat lebih kuat berbanding gam kertas dinding tetapi harganya sedikit mahal. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.
(**)Langkah 4
(**)Mula cantum dan susun doily yang bergam di keliling permukaan belon. Pastikan setiap sisi penjuru doily bertindih dengan doily yang lain agar lebih rapi.
(**)Langkah 5
(**)Apabila semua doily telah disusun sekata pada keseluruhan permukaan belon, salutkan lagi beberapa lapisan gam agar ianya boleh mengeras dengan teguh.
(**)Langkah 6
(**)Apabila terendak lampu doily telah siap dikeringkan, ambil jarum dan pecahkan belon. Hati-hati apabila menarik keluar sisa belon melalui celah-celah doily berkenaan.
(**)Langkah 7
(**)Guna gunting untuk buat satu lubang khas supaya senang untuk anda memasukkan mentol. Pastikan lubang mentol tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Cukup sekadar mentol boleh diselit ke dalam terendak lampu doily berkenaan.
(**)Tengok! Cantik dan mudah kan? Jadi, tak perlulah anda ke Ikea untuk mencari terendak lampu eksklusif lepas ni.
(**)Selamat mencuba!
EmoticonEmoticon