(**)OMG! Selfieeeeeeeee. Siapa yang tidak minat berselfie? Penulis kira, trend selfie ni bermula sekitar tahun 2007-2008 sebab penulis masih ingat, pertama kali penulis kenal apa itu selfie adalah sejak seorang kawan baik penulis di sekolah ajak berselfie menggunakan telefon bimbit jenis lipat miliknya yang dilengkapi kamera hadapan. Tidak pasti model apa tetapi ianya telefon bimbit dari jenama yang sangat hit waktu itu iaitu NOKIA.
(**)Nah, dari apa yang penulis perhatikan, fenomena selfie ini semakin menjadi-jadi sejak kemunculan media sosial Instagram yang membolehkan para penggunanya berkongsi momen terindah tanpa batasan waktu. Seperti kata bidalan Inggeris, “A picture is worth a thousand word”. Sememangnya gambar itu memiliki nilai yang tersendiri.
(**)Sejak dari zaman Myspace sebelum kemunculan Facebook, ramai anak-anak muda yang bingkas memuat-naik foto-foto peribadi mereka malah, untuk menonjolkan lebih sensasi ke atas foto tersebut, ramai yang gemar menyuntingnya dahulu.
(**)Waktu dulu, aplikasi penyunting gambar yang biasa digunakan adalah seperti photoshop, picmonkey dan pixlr. Kini, lebih memudahkan kerana sebaik sahaja gambar diambil menggunakan telefon pintar, anda sudah bisa menyuntingnya terus tanpa perlu memindahkan ia dari telefon ke dekstop komputer.
(**)Ini dia Wanista senaraikan 12 aplikasi penyunting foto yang boleh anda gunakan untuk memberi sentuhan magis sempurna ke atas foto-foto selfie milik anda!
(**)#1 Snug (iPhone)
(**)Kadang-kadang serabut lihat profil Instagram yang mempunyai foto-foto tidak selari temanya antara satu sama yang lain.
(**)Snug membolehkan anda melihat kembali pos Instagram yang terdahulu supaya anda peka gambar yang manakah sesuai untuk diletakkan sebaris dengan foto-foto yang lain. Senang cerita, Snug bertindak sebagai aplikasi “preview” yang bantu anda buat pilihan foto yang tepat sebelum dipaparkan kepada khalayak.
(**)#2 VSCO (Android & iPhone)
(**)Ini adalah aplikasi yang paling diminati ramai, sesuai bagi mereka yang gemarkan fotografi. Anda boleh menggunakan pelbagai fungsi terbaik membolehkan gambar yang suram itu menjadi ceria dan cantik!
(**)Menawarkan pelbagai jenis “filter” gambar, ada yang percuma, ada juga yang harus dibeli. Sesuai untuk mereka yang berjiwa “hipster”!
(**)#3 Afterlight (Android & iPhone)
(**)Jika anda memang benar-benar mahu menyunting foto, ini adalah aplikasi yang bernas untuk anda cuba. Menawarkan 15 jenis elemen suntingan, 74 jenis filter serta 78 jenis tekstur yang boleh anda tentukan ke atas foto untuk wujudkan suatu kelainan.
(**)Tambahan pula, Afterlight turut memberi peluang kepada anda untuk menambah bingkai pada gambar menggunakan 128 rekaan bingkai yang ada sebelum memuat-naik gambar pilihan di Instagram!
(**)#4 Enlight (iPhone)
(**)Jika anda seorang yang berseni, anda mungkin boleh bereksperimentasi dengan aplikasi penyunting Enlight.
(**)Anda boleh jadikan gambar selfie kelihatan seperti lukisan, menggabungkan beberapa foto selfie anda untuk menjadikannya sebuah kolaj yang menarik. Yang pasti, ia turut mempunyai pilihan “paintbrush” yang membolehkan anda menambah tulisan mahupun lukisan warna-warni pada gambar. Untuk si kreatif sahaja!
(**)#5 Facetune (Android & iPhone)
(**)Facetune dicipta oleh syarikat yang mengeluarkan aplikasi Enlight, tetapi apa yang membezaka Facetune dan Enlight adalah ianya khas untuk menonjolkan kecantikan wajah seseorang di dalam foto selfie!
(**)Anda boleh hilangkan lingkaran gelap mata, menghaluskan kulit, tambah sedikit pemerah pipi mahupun menghilangkan segala cacat-cela yang ada pada wajah. Hasilnya, foto selfie anda bakal kelihatan seperti foto yang diambil secara profesional.
(**)#6 Bubble (iPhone)
(**)Dah bosan asyik tulis kapsyen cara biasa? Anda boleh gunakan aplikasi bubble untuk menambah grafik “bubble” ke dalam foto seperti yang lazimnya digunakan dalam penulisan komik.
(**)Terdapat pelbagai jenis bentuk tulisan serta warna yang boleh dipilih. Kini anda boleh menulis kapsyen gambar dengan mudah menggunakan Bubble!
(**)#7 Insta Emoji (iPhone)
(**)Ramai yang gemar menggunakan emoji untuk mengekspresikan perasaan secara ringkas. Kini, anda boleh tambah variasi emoji ke atas foto-foto anda dengan mudah hanya menggunakan Insta Emoji!
(**)Anda boleh guna sticker, menentukan saiz emoji tersebut serta menterbalikan ia mengikut cita rasa anda. Jika anda nak tutup muka anda dengan emoji pun boleh! Comel kan?
(**)#8 Cortex Cam (iPhone)
(**)Teringin sangat nak berselfie tapi tidak cukup cahaya untuk merakam foto selfie yang sempurna? Nah! Gunalah Cortex Cam!
(**)Aplikasi kamera ini membolehkan anda merakam detik manis meskipun di tempat yang gelap. Ia akan mencerahkan foto anda menggunakan teknik pemprosesan foto terkini. Terbaik untuk digunakan ketika waktu malam!
(**)#9 Kawaii Photo (iPhone)
(**)Jika anda rasa foto selfie anda tidak cukup comel, anda boleh menggunakan pilihan yang terdapat dalam aplikasi Kawaii Photo secara percuma!
(**)Anda boleh tambah sticker yang terdiri dari grafik mata comel seperti yang sering dilihat dalam filem animasi Jepun!
(**)#10 WordSwag (Android & iPhone)
(**)WordSwag akan bantu anda mencipta tulisan kapsyen yang lebih cantik dan menarik speerti disunting menggunakan Adobe Photoshop.
(**)Anda boleh tentukan jenis tulisan, saiz, warna dan komposisi mengikut cita rasa anda. Dalam masa yang sama, jika anda buntu tidak tahu untuk menulis kapsyen apa pada gambar, anda juga boleh mencari inspirasi tulisan yang bermakna dari arkib WordSwag yang merangkumi quotes, bidalan serta nasihat.
(**)#11 Fragment (iPhone)
(**)Ini aplikasi yang yang boleh anda gunakan untuk menjadi lebih artistik dengan foto anda! Jika anda berjiwa eksentrik dan gemar akan haiwan misteri seperti unicorn, anda mesti jatuh cinta dengan aplikasi penyunting Fragment.
(**)Terdapat bermacam jenis reka bentuk, bingkai dan corak yang boleh anda terapkan ke dalam foto anda. Selain menyunting, anda boleh mencipta karya kreatif yang berupa prisma. Nak edit video pun boleh! Bestnya!
(**)#12 Photoshop Fix (iPhone)
(**)Jika anda peminat tegar Adobe Photoshop yang bijak menyunting segala jenis foto sehingga menjadi sempurna, anda kini tidak perlu bimbang kerana dengan menggunakan telefon pintar sahaja pun anda boleh memanfaatkan fungsi Adobe Photoshop menggunakan Photoshop Fix!
(**)Terdapat pelbagai jenis elemen dan fungsi pilihan yang ada termasuklah menghaluskan permukaan kulit, menghilangkan parut pada wajah dan banyak lagi!
(**)Okay! Tak perlu nak pening-pening kepala lagi dah lepas ni. Tak kisah lah muka berjerawat ke, kulit kering merekah ke, berpeluh ke, kulit kusam ke, foto selfie gelap ke, jangan risau… Aplikasi penyunting gambar kan ada! Jangan lupa muat turun ya?
EmoticonEmoticon