Thursday, 5 May 2016

Kulit Lebih Terjaga Kecantikannya Dengan Jus Bayam

Tags


(**)Ternyata sayur bayam kaya dengan vitamin dan mineral. Kandungan mineral yang sangat banyak dalam bayam adalah zat bezi.Kandungan zat besi yang terdapat dalamnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Zat besi dalam bayam sangat berguna untuk menambah energi dan juga membantu melancarkan metabolisme dalam tubuh.


(**)Selain itu, bayam juga berkhasiat dalam mencerahkan kulit dan mencegah penuaan semulajadi.Selain zat besi, bayam juga mengandungi asid amino, karoten, potasium, iodin, vitamin A,K,C, B kompleks dan alkalin yang membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh supaya kulit lebih terjaga kecantikannya.

(**)Berikut beberapa khasiat yang boleh anda peroleh dari jus bayam untuk kecantikan kulit anda:

(**)Anti Penuaan
(**)Bayam memiliki banyak kandungan antioksidan, yang akan membantu menghilangkan radikal bebas dari kulit. Ini adalah kerana radikal bebas akan membuatkan kulit anda mengalami penuaan semulajadi sehingga boleh merosakkan kulit.Untuk menghilangkan radikal bebas dan mengurangi risiko penuaan semulajadi,apakata anda amalkan minum jus bayam supaya sel-sel kulit beregenerasi dengan baik.

(**)Mencegah Lebam Bawah Mata
(**)Kandungan vitamin K dan folat pada bayam mampu membantu menghilangkan kesan lembam atau hitam di bawah mata dan kawasan sekitarnya. Amalkan selalu,seiring dengan waktu kulit tubuh anda akan kelihatan lebih sihat dan cerah. Anda yang mengalami masalah kulit gatal dan kering, elok amalkan jus bayam ini kerana juga untuk membantu mengatasi masalah kulit tersebut.

(**)Menyembuhkan Jerawat
(**)Jus bayam cukup berkesan untuk membantu menyembuhkan jerawat. Blender daun bayam dengan sedikit air. Kemudian, sapukan jus bayam tersebut ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Masker jus bayam ini akan membersihkan kotoran dan minyak di wajah sehingga kulit terasa lebih bersih. Selain itu, untuk menghilangkan jerawat anda juga disarankan rajin minum jus bayam. Untuk mendapatkan rasa yang lebih nikmat ketika diminum, tambahkan tomato,lobak merah, wortel, dan cili Benggala merah bersama jus bayam tersebut.

(**)Melindungi Kulit Daripada Sinaran Ultraviolet
(**)Bayam mengandungi banyak vitamin B kompleks yang membantu mencegah ‘tanning’ dan melindungi kulit anda daripada sinaran ultraviolet yang berlebihan.

(**)Mencegah Sembelit
(**)Dengan kandungan serat yang tinggi dalam sayur bayam, boleh membantu untuk mengurangi masalah sembelit kronik dan juga pelbagai jenis gangguan dan masalah penghadaman lainnya.Jus bayam juga sangat bermanfaat untk membantu membangun sistem ketahanan tubuh anda.


EmoticonEmoticon