Thursday, 5 May 2016

Tips Pilih Bra Menyusu Yang Tepat

Tags


(**)Ianya direka  khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. Rekaannya sedikit berlainan dari bra-bra biasa, di mana terdapat klip bukaan di bahagian ‘nipple’.


(**)Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu yang menyusui bayi tanpa perlu menanggalkan bra mahupun menyekat pengeluaran susu yang akan menyebabkan masalah bengkak susu. Klip bukaan ini juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada apabila menyusui bayi di tempat awam.



(**)Jenis Bra Menyusu

(**)Ibu-ibu yang menyusui bayi tidak digalakkan untuk memakai ‘wired bra’. Ini kerana ia boleh menyekat pengeluaran susu. Ia juga akan menyebabkan payudara menjadi bengkak dan sakit. Untuk memulihkannya, antibiotik akan diberi oleh doktor dan ia akan mengganggu rutin penyusuan.



(**)Saiz Bra Menyusu

(**)Bra menyusu sudah boleh dibeli pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Pada masa itu, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 2-4 cup.Anda perlu memilih bra menyusu yang sedikit besar supaya mudah kita untuk ditolak ke tepi ketika menyusukan bayi. Jika ia sekadar muat, dikhuatiri tidak selesa pula semasa menyusu disebabkan tiada ruang yang cukup untuk bayi ‘latching’.



(**)Cara Membasuh Bra Menyusu

(**)Basuhan tangan adalah yang terbaik dengan hanya menggunakan sedikit sabun pencuci biasa. Jika menggunakan mesin basuh, seelok-eloknya masukkan di dalam ‘laundry net’. Sidai di kawasan yang tidak terdedah terus kepada matahari.



(**)Kepentingan Bra Menyusu

(**)Membantu anda menyusukan bayi dengan lebih selesa tanpa perlu membuka bra.
(**)Dengan memakai bra menyusu, ia akan memudahkan anda menyusukan bayi walaupun di tempat awam.
(**)Lebih selesa kerana ketika menyusu, saiz bra akan bertambah. Bra menyusu biasanya dibuat dari cotton yang sangat ‘superb’!
(**)Mengurangkan masalah susu keluar berlebihan. Jika anda memakai bra biasa, anda perlu menukar bra itu. Tetapi dengan bra menyusu, anda hanya perlu membuka cangkuknya dan tambahkan ‘breast pad’.


EmoticonEmoticon