Thursday 5 May 2016

Cegah Insomnia Dengan Khasiat Buah Mata Kucing

Tags


(**)Anda pasti kenal dan biasa dengar nama buah mata kucing ini.Buah yang berbentuk kecil ini mempunyai biji berwarna hitam. Buah mata kucing disukai oleh ramai orang kerana rasanya yang manis dan cukup nikmat!


(**)Tahukah anda di sebalik rasanya yang manis itu, buah mata kucing memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dan perubatan.Buah mata kucing juga dipanggil longan atau nama semulajadinya ‘Dimoncarpus Longan’.

(**)Buah mata kucing ini juga mempunyai rasa segar dan biasanya tumbuh di kawasan tanah tinggi.Buah mata kucing memiliki banyak nutrisi, antaranya lemak, vitamin A, B, protein, asid tartaric, fitokimia yang merupakan senyawa kimia tumbuhan yang baik buat kesihatan tubuh manusia.

(**)Berikut adalah antara khasiat buah mata kucing:

(**)Anti Stress
(**)Buah mata kucing sangat bagus sebagai anti stress. Ia baik untuk sistem saraf. Pengambilan buah mata kucing akan memberikan efek yang menenangkan, mengatasi masalah iritasi dan meningkatkan fungsi saraf. Buah mata kucing juga boleh mengatasi masalah insomnia dan pelbgai penyakit yang berkaitan dengan gangguan tidur.

(**)Bantu Energi Tubuh
(**)Buah mata kucing mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah, namun buah ini memiliki karbohidrat kompleks yang mampu memberikan energi untuk tubuh serta dapat meningkatkan stamina.

(**)Mengatasi Kerosakan Sel
(**)Bersama dengan polifenol, buah mata kucing mampu membantu mencegah radikal bebas yang ada di dalam tubuh serta mengatasi kerosakan sel. Buah mata kucing juga mampu memerangi sel kanker

(**)Bantu Gerak Kerja Jantung & Limpa
(**)Dengan mengurangkan tahap stress dan kepenatan, buah mata kucing mampu membantu gerak kerja jantung dan limpa. Selain itu, buah mata kucing juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan stroke

(**)Melancarkan Perjalanan Darah
(**)Buah mata kucing dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah sehingga ia dapat membantu mencegah anemia.

(**)Elok Untuk Program Diet
(**)Buah mata kucing mengandungi kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dan bagus bagi anda yang ingin melakukan diet.

(**)Merawat Kulit
(**)Buah mata kucing bagus untuk kulit kerana memiliki kandungan material anti-aging. Buah mata kucing dapat mencegah kedutan pada kulit dan mencerahkan warna kulit

(**)Melindungi Tubuh Daripada Serangan Demam & Selsema
(**)Buah mata kucing mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh manusia. Salah satu manfaatnya ialah dapat melindungi manusia daripada demam dan selsema.


EmoticonEmoticon