(*)1. Simpan haruman wangian anda di tempat yang sejuk. Ini kerana kebanyakkan minyak wangi selalunya mengandungi alkohol, oleh itu ia dikhuatiri mudah terbakar. Dalam masa yang sama, sumber haba seperti cahaya matahari secara tidak langsung akan membuatkan haruman anda rosak dan kehilangan bau aslinya.
(*)2. Bau akan melekat lebih baik pada permukaan kulit yang lembap, jadi semburkan minyak wangi di sekitar nadi anda seperti di pergelangan tangan, di sisi nadi leher, sedikit di belakang telinga dan di pelipat kaki (belakang lutut) jika anda memakai skirt pendek.
(*)3. Jangan sesekali menenyeh minyak wangi pada kulit atau baju, terutama apabila anda melakukan aplikasi di bahagian nadi pergelangan tangan. Ia mampu menghancurkan molekul aroma, lantas merosakkan kandungan bauan.
(*)4. Bagi bauan yang lembut seperti EDT, semburkan wangian pada bahagian luar pergelangan tangan dan bukannya di bahagian dalam.
(*)5. Untuk bauan yang lebih lembut seperti jenis Cologne, semburkan minyak wangi di udara terlebih dahulu, kemudian berjalan melaluinya. Jika anda lebih suka bau yang lebih lembut dan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja, ini adalah kaedah terbaik untuk anda! (sesuai terutamanya buat acara sosial), jadi tak adalah bau anda terlalu menonjol sehingga membuatkan orang lain sakit hidung.
EmoticonEmoticon