Sunday, 17 April 2016

Resepi Kurma Ayam Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 ekor ayam | dipotong kecil
(*)3 sudu makan minyak sapi
(*)60 gram bawang merah l dihiris
(*)40 gram bawang putih l dihiris
(*)3 biji bawang besar l dihiris
(*)5 biji kentang dipotong 4
(*)2.5cm kulit kayu manis
(*)6 biji buah pelaga
(*)6 sudu makan serbuk kurma | campurkan dengan 125ml air
(*)250gm santan pekat
(*)7 biji cili hijau
(*)1 ikat daun pudina
(*)Garam secukup rasa


Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

(*)2. Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

(*)3. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati.

(*)4. Masukkan santan, garam, ketang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga masak.

(*)5. Angkat dan sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon