Sunday, 17 April 2016

Tips Untuk Kekal Segar Sepanjang Hari

Tags


Deadoran & Pewangi –

(*)Badan anda mudah berpeluh? Jadi, jangan lupa untuk memakai deodoran yang cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan pada ketiak anda. Selain itu, semburlah minyak wangi di bahagian leher dan belakang cuping telinga. Minyak wangi yang segar dan tahan lama boleh membuatkan anda bersemangat dan yakin.


Mandi Dua Kali Sehari –

(*)Ada setengah orang jenis yang mandi sekali sehari sahaja, jangan naya badan anda. Untuk pengetahuan anda, mandi sekali sehari sahaja boleh menyebabkan kotoran melekat pada badan dan seterusnya menimbulkan bau badan. Lebih-lebih lagi apabila sampai ke rumah, anda terus baring di atas katil. Mandilah dua kali sehari dan rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untk menghilangkan bau badan dan bau kaki.


Jenis Pakaian –

(*)Pemilihan jenis pakaian juga memainkan peranan penting sama ada mampu menyerap peluh atau tidak. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ia boleh menyebabkan badan anda mudah berpeluh kerana kepanasan dan lembap.


Pilihan Makanan –

(*)Mengambil makanan tidak menentu boleh menerbitkan bau badan. Contohnya, makanan segera, sambal petai, makanan bergoreng dan sebagainya. Sebagai ganti, anda boleh mengambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi zat agar badan anda sentiasa segar.


Nikmati Teh Panas –

(*)Minum teh juga memberi kelebihan untuk anda kerana ia dapat mengembalikan kesegaran dan semangat yang telah anda gunakan sepanjang hari. Contohnya, teh lemon, pudina, lavender atau chamomille yang mengandungi asid tannin dapat membantu badan anda tetap sejuk dan mengelakkan peluh yang berlebihan.


EmoticonEmoticon