Sunday, 17 April 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 ekor ayam – Dibersihkan dan di potong
(*)1/2 – 3/4 cawan kicap manis – Ikut selera
(*)1/2 cawan santan pekat
(*)sedikit serbuk kunyit
(*)sedikit garam

Bahan Dikisarnya ialah –

(*)1 inci lengkuas
(*)1 inci halia
(*)1 labu bawang besar
(*)2 – 3 batang serai
(*)4-5 ulas bawang putih
(*)5-10 biji cili kering
(*)1/2 sudu kecil jintan kasar
(*)1/2 sudu kecil jintan halus
(*)1 sudu kecil biji ketumbar
(*)1 sudu makan lada putih


Cara Memasaknya Ialah:

(*)1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.

(*)2. Tumis semua bahan kisar atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.

(*)3. Masak seketika kuah kicap tadi hingga kuahnya mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

(*)4. Jika suka, boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat. Hidangkan.


EmoticonEmoticon