(*)Bibir hitam terjadi disebabkan daripada terlalu kerap minum kopi, teh malahan juga merokok. Ingin mengembalikan warna cerah pada bibir anda? Ini beberapa cara yang boleh anda cuba.
**Serum Lemon Madu
(*)Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioleh merata di bibir. Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
**Topeng Buah Beet
(*)Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir. Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
**Minyak Badam
(*)Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
**Jus Timun
(*)Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
**Skrub Kunyit
(*)Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering. Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supayan bibir lebih bersih dan cerah.
EmoticonEmoticon