Saturday, 23 April 2016

Tip Terbaik Dan Berkesan Untuk Temuduga

Tags


(*)Tip Temuduga. Pasti Anda berminat untuk mengetahui 5 tip temuduga berkesan di sini. Jom baca serta praktikkan.


(*)Temuduga bermaksud suatu proses di mana individu bertukar maklumat bagi tujuan permohonan pekerjaan, kenaikan pangkat atau sebagainya. Sekiranya anda ingin hadiri temuduga, anda perlu bersedia menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.

(*)Malangnya ramai calon yang menghadiri temuduga tidak bersedia dan sering tertanya apakah bentuk soalan yang bakal ditanya kepada mereka.

(*)Seandainya, anda inginkan idea dan dapatkan gambaran sebenar tentang soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga, panduan ini mungkin dapat membantu.


Antara Tip Temuduga Berkesan adalah:


1. Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja

(*)Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini, terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat.

(*)Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi contoh nya penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang di terima.



2. Bersiap sedia dengan soalan majikan semasa temuduga

(*)Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang professional dan menjadikan kerja sepenuh masa. Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.

(*)Contoh soalan yang akan di tanya oleh majikan adalah seperti kenapa anda ingin memohon kerja di tempat mereka, bertanya tentang pengalaman anda, dan lain lain.

(*)#jadi anda haruslah bersiap sedia untuk mengadapi  situasi seperti ini.



3. Orang yang berketerampilan mendapat kerja

(*)Memang terdapat majikan yang tidak berpengalaman akan menawarkan kerja kepada seseorang berdasarkan faktor luaran, tetapi kebanyakan majikan bijak memilih. Keterampilan seseorang itu akan membuat majikan anda yakin terhadap anda.

(*)Contohnya anda seseorang badan yang sasa dan berotot, anda ingin meminta kerja di sebuah pusat gym. Tentu saja majikan anda akan percaya kerana gaya berketerampilan anda sudah cukup untuk bekerja di sana.



4. Anda mesti mencuba menjawab dengan tepat

(*)Ada sesetengah orang yang terperangkap dengan percakapan sendiri, mengulangi sesuatu beberapa kali dan bercakap perkara yang sama kerana ingin mencuba untuk memberi jawapan yang terbaik.

(*)Jika anda bijak, anda haruslah obses terhadap memperolehi jawapan yang tepat dan anda mencuba tanpa henti sehingga pada pandangan majikan telah mendapat maklumbalas yang terbaik dari anda.



5. Tenang dan jadilah diri anda sendiri

(*)Adalah penting untuk tenang dan tunjukkan kebaikan anda, adalah juga penting untuk memahami yang temuduga bukanlah perjanjian sosial. Kebanyakan temuduga adalah peristiwa yang tersusun di mana kenyataan yang tidak menimbulkan kemarahan adalah tidak di terima.

(*)Ringkasnya, menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari bersikap mengikut orang lain. Jika anda jujur segala perbuatan anda semasa temuduga mesti anda akan tenang menjawap soalan dari majikan.

(*)Anda dipanggil temuduga kerana majikan mahu mengambil pekerja yang benar-benar layak bagi memenuhi keperluan penjawatan mereka.  Sepanjang interaksi sewaktu temuduga, mereka akan menilai kekuatan dan kelemahan, kekurangan anda, melihat kelayakan, kemahiran dan kualiti intelektual, menilai sikap,  motivasi dan kematangan anda.


EmoticonEmoticon