Saturday, 23 April 2016

Resepi Grill Chicken Chop Terbaik

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Bahan Untuk Grill Chickennya ialah –

(*)4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
(*)1/2 kiub ayam
(*)2 sudu besar sos tiram
(*)2 sudu besar kicap manis
(*)3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
(*)1cm halia – tumbuk kasar
(*)Lada hitam, lada sulah
(*)Sedikit olive oil

Bahan Untuk Mashed Potatonya ialah –

(*)3 biji kentang besar
(*)2 sudu besar mentega
(*)1/4 cawan susu segar
(*)Serbuk Lada hitam kasar

Bahan Untuk Coleslownya ialah –

(*)3/4 kobis putih – dihiris halus
(*)1/2 kobis merah/purple – dihiris halus
(*)1 lobak merah – dihiris halus
(*)1 bawang merah – dimayang halus
(*)1 sudu makan gula
(*)1 botol mayonis coleslow brand lady’s choice
(*)Jus perahan 1/2 biji lemon

Bahan Untuk Sosnya ialah –

1 biji bawang besar holland – dicincang halus
(*)4 sudu besar tepung gandum
(*)1 kiub ayam
(*)2 sudu besar sos tiram
(*)2 sudu besar kicap manis – untuk gelapkan sos
(*)4 sudu besar sos lada hitam
(*)2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
(*)air yang mencukupi
(*)Sedikit oregano kering
(*)2 sudu besar mentega


Cara Memasaknya ialah:

Cara Menyediakan Grill Chickennya ialah –

(*)1. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.

(*)3. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.

(*)4. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.

(*)5. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

(*)6. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.

(*)7. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

(*)8. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.

(*)9. Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.


Cara Menyediakan Mashed Potatonya ialah –

(*)1. Kupaskan kentang dan potong dadu kecil.

(*)2. Rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.

(*)3. Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

(*)4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata.

(*)5. Persakan dengan garam. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.


Cara Menyediakan Coleslownya ialah –

(*)1. Campurkan gula, jus perahan lemon dan mayonis dalam mangkuk dan kacau sehingga gula cair.

(*)2. Masukkan mayonis dan gaulkan hingga sebati.

(*)3. Perasakan, tambahkan perasa yg patut. kemudian, simpan dalam peti ais.


Cara Menyediakan Sos Black Peppernya ialah –

(*)1. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.

(*)2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.

(*)3. Masukkan air dan kacau hingga sebati.

(*)4. Kemudian,masukkan pula kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.

(*)5. Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan oregano. Didihkan.

(*)6. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.


Cara Hidangannya ialah –

(*)1. Hidangkan grill chicken bersama mashed potato, fried fries, coleslow, tuangkan sos black pepper ke atas ayam.


EmoticonEmoticon