Bahan-Bahannya ialah:
(*)8 ketul ayam
(*)3 ulas bawang merah*
(*)3 ulas bawang putih*
(*)1/2 biji bawang besar*
(*)1/2 inci halia*
(*)1/2 inci lengkuas*
(*)1/2 inci kunyit*
(*)3 batang serai*
(*)20 biji cili padi* (saya letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
(*)1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
(*)1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
(*)santan dari sebiji kelapa
(*)daun kunyit (hiris halus)
(*)1 sudu kecil kerisik
(*)gula melaka
(*)garam
(*)air asam jawa
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
(*)2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
(*)3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
(*)4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.
EmoticonEmoticon