(*)Rumah anda banyak nyamuk? Ketahui Cara Halau Nyamuk Secara Semulajadi.
(*)Nyamuk merupakan serangga yang sangat mengganggu terutama ketika sedang tidur pada malam hari. Ada banyak petua halau nyamuk dan anda juga boleh cuba cara semulajadi ini untuk menghalaunya.
(*)Berikut adalah cara halau nyamuk yang boleh anda cuba.
Bawang Putih
(*)Selain mengandungi antioksida, bawang putih juga memilki bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Anda boleh mengunyah bawang putih mentah dan sekejap saja anda akan merasakan nyamuk menjauhi anda.
Haruman Lavender
(*)Bau lavender terbukti boleh menghalau nyamuk dan lavender sering digunakan di dalam bahan ubat anti nyamuk. Anda boleh membakar aromaterapi lavender jika anda tidak memiliki tanaman lavender di rumah.
Lada hitam
(*)Ekstrak lada hitam boleh digunakan sebagai salah satu tambahan di dalam ubat anti nyamuk untuk mengusir nyamuk. Bau lada hitam cukup pedas dan ‘menyengat’ membuatkan nyamuk lari!
Bunga Teratai
(*)Jika anda menanam bunga teratai pada kolam, anda berjaya mencegah nyamuk serta larvanya untuk berkembang. Teratai dipercayai sebagai penghalau nyamuk semulajadi yang sangat efektif.
EmoticonEmoticon