Friday 22 April 2016

Tahukah Anda Punca Darah Haid Menjadi Warna Hitam Pekat?

Tags


(*)Setiap wanita yang sudah akil baligh pastinya akan merasai pengalaman datang haid ataupun dikenali sebagai datang bulan. Haid ialah darah kotor yang keluar daripada faraj wanita yang sihat dan ia bukannya disebabkan oleh faktor melahirkan anak, kecederaan, penyakit dan pecah selaput dara.


(*)Darah haid yang keluar biasanya berlaku setiap bulan sehinggalah putus haid ataupun dikenali sebagai monopouse.Terdapat tiga jenis darah yang keluar dari faraj wanita iaitu:

(*)Darah haid
(*)Darah Istihadah
(*)Darah nifas

(*)Darah haid berwarna seperti darah biasa iaitu berwarna merah, coklat ataupun keruh. Jika selain dari warna- warna ini, ia bukan darah haid. Justeru, darah haid hitam merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor dalaman.Manakala, jika wanita tersebut mengalami pendarahan di luar waktu haid setiap bulan menunjukkan bahawa ia berpunca dari masalah kesihatan. Darah ini dikenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

(*)Walaubagaimanapun, wanita moden zaman sekarang berhadapan dengan perubahan corak kehidupan pemakanan serta suhu persekitaran yang berbeza hingga mempengaruhi aliran haid mereka.Penggunaan pil perancang atau suntikan pencegah kehamilan juga menyebabkan hormon tubuh menjadi tidak seimbang. Ia akan memberi kesan seperti kitaran haid tidak menentu hingga mengelirukan wanita untuk menentukan ia darah haid ataupun darah istihadah.

(*)Darah haid hitam kebiasaannya akan keluar tanpa disedari atau secara disedari. Namun kadangkala, akibat kepekatan darah haid yang tinggi, ia akan menyebabkan darah haid yang keluar berwarna hitam dan berketul-ketul. Tentunya ia sangat sakit tatkala keluar dari vagina sekaligus terjadinya senggugut yang luar biasa. Tubuh badan akan menghasilkan bahan anti gumpalan bagi memastikan darah haid dapat keluar dengan sepatutnya, tetapi memandangkan darah haid anda berwarna hitam serta berketul-ketul, adalah lebih baik untuk membuat pemeriksaan doktor berkenaan dengan hal ini.

(*)Darah haid hitam juga adakalanya berbau busuk serta agak panas. Ini adalah kerana proses pengeluarannya bercampur dengan mukus serta sel-sel mati di dalam badan. Oleh itu, anda perlu kerap menukar tuala wanita bagi setiap 4 hingga 5 jam. Memakai tuala wanita dalam tempoh yang lama akan menyebabkan terjadinya kulat pada darah tersebut yang kemudian akan menjangkiti vagina.Anda turut mengalami kegatalan pada kawasan vagina dan akan memicu kepada masalah jangkitan kuman lain pada vagina.

(*)Jangan ambil mudah kerana jangkitan kuman pada vagina boleh menyebabkan saluran fallopian tersumbat.Di samping itu, masalah darah haid hitam juga berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stres, emosi melampau seperti suka ataupun sedih, perubahan berat badan ataupun aktiviti fizikal yang keterlaluan.


Antara sebab lain yang menyebabkan masalah darah haid hitam ialah:

Keguguran

(*)Anda mungkin mengalami keguguran tetapi wanita terbabit menyangka dirinya datang haid kerana tidak tahu dia mengandung akibat haid yang tidak teratur.

Fibroid

(*)Wanita yang mungkin mempunyai fibroid iaitu ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada rahim lazimnya akan mengalami aliran haid yang tidak teratur.

Endometriosis

(*)Wanita yang mempunyai endometriosis iaitu tisu yang tumbuh di luar uterus atau kawasan peranakan akan mengalami masalah kitaran haid dan darah haid hitam. Ia sukar dikesan kerana mempunyai tanda yang sangat minimum.

Perubahan Hormon

(*)Tubuh akan membebaskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon ini mengawal lapisan pada uterus. Apabila keseimbangan diganggu, ia boleh menyebabkan lapisan pada uterus semakin tebal.

(*)Ketebalan ini boleh menyumbang kepada lebih banyak pendarahan berbanding biasa. Ia mungkin juga disebabkan darah haid berketul dan darah haid hitam apabila lapisan berkenaan keluar menjadi darah haid.


EmoticonEmoticon