Saturday 16 April 2016

Tahukah Anda Batuk Kering Boleh Merebak Ke Otak, Kelenjar Limfa, Tulang Dan Buah Pinggang

Tags


(*)Terdapat sebanyak 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta daripadanya mempunyai jangkitan yang aktif. Di Malaysia, penyakit ini pernah menjadi pembunuh utama pada suatu ketika dahulu kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering dilaporkan di Malaysia dan 966 daripadanya disahkan maut.

Apakah tanda gejala batuk kering?

(*)Kahak berdarah.
(*)Hilang selera makan dan dan turun berat badan.
(*)Batuk yang berpanjangan selama 2 minggu dan lebih.
(*)Mudah letih dan lemah.
(*)Mengalami sakit dada ketika batuk.
(*)Demam dan berpeluh kebiasaannya pada waktu petang dan malam.
(*)Jika anda mempunyai salah satu gejala diatas, anda disarankan membuat pemeriksaan ujian kahak dan x-ray dada.

Adakah Batuk Kering Berbahaya?

(*)Sekiranya ia tidak dikesan, boleh merebak ke otak, kelenjar limfa, tulang, kulit dan buah pinggang. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan dijangkiti.

Rawatan & Pemeriksaan

(*)Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan DOTS (Directly Observed Treatment Short course) yang diiktiraf oleh World Health Organization. Rawatan bagi penghidap batuk kering perlu diambil selama 6 bulan. Pastikan ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan. Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan. Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya, pesakit mungkin dapat sembuh.

Cara Pencegahan Batuk Kering

(*)Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa mereka bayi dan berumur 7 tahun sekiranya tiada parut suntikan.
(*)Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan.
(*)Mendapatkan pemeriksaan lanjut sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
(*)Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
(*)Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari kerana ia dapat membunuh bakteria di udara. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang lebih baik


EmoticonEmoticon