Bahan-Bahannya ialah:
Bahan Kek –
(*)1 bungkus biskut marie (Patah-patahkan)
(*)1 bungkus kecil milo
(*)Susu pekat 1/2 tin
(*)1 ketul buttercup
(*)1/4 cawan susu cair
(*)2 biji telur
(*)1 sudu kecil nescafe
Topping Cheese –
(*)250 g cream cheese
(*)1/2 cwn susu pekat
(*)1 sudu perahan lemon
(*)sedikit susu cair
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Cairkan buttercup dalam kuali. Bila dah cair masukan milo, serbuk nescafe, susu pekat susu cair serta telur (pecah dan pukul sekejap) masak sampai sebati.
(*)2. Pastikan api kecil supaya milo dan buttercup tadi bercampur dengan baik dan tidak berketul-ketul.
(*)3. Bila bahan agak sebati, masukan biskut marie tadi kacau sampai sebati.
(*)4. Angkat dan masukkan dalam bekas atau loyang. Tekan bahan supaya rata dan padat.
(*)5. Sementara itu buat bahan untuk topping. Campurkan cream cheese, susu pekat, perahan lemon dan susu cair dalam bekas. Gaul bahan sehingga sebati.
(*)6. Tuangkan topping cheese atas kek tadi. Boleh sejukkan kek dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. Kalau nak lebih cantik, hiaskan dengan coklat rice dan nestum.
EmoticonEmoticon