Saturday, 16 April 2016

Resepi Apam Coklat Kukus Sedap Mudah Untuk Dibuat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Tepung gandum – 1 cawan
(*)Gula merah/perang/pasir – setengah cawan
(*)Susu pekat – setengah cawan
(*)Minyak kelapa/jagung/kacang – setengah cawan
(*)Air – setengah cawan
(*)Serbuk penaik (baking powder) – 1 camca kecil (lebih sedikit dari paras rata)
(*)Telur – 1 biji (gred A)
(*)Serbuk koko – 2 camca besar (penuh)
(*)Garam halus – secubit (jika suka)

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan air di dalam periuk pengukus.

(*)2. Sementara itu sukat dan masukkan bahan kering ke dalam bekas dan gaul rata dengan pemukul telur.

(*)3. Masukkan pula bahan lain satu persatu dan kacau sebati.

(*)4. Tuang atau salinkan bancuhan ke dalam jag yang bermuncung untuk memudahkan kerja anda.

(*)5. Tuang bancuhan ke dalam cawan kertas (tinggalkan sedikit ruang untuk apam mengembang).

(*)6. Kukus selama 15-20 minit atau bergantung kepada berapa banyak jumlah apam yang anda muatkan ke dalam pengukus.


EmoticonEmoticon