(*)Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam. Terdapat juga beberapa lagi kepercayaan sedemikian seperti jangan minum air batu atau tidur di atas lantai simen kerana ia juga dikatakan boleh menjejas paru-paru, mereputkan tulang atau menyebabkan sakit sendi.
(*)Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?
Mitos Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair
(*)Sebenarnya,tidak. Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema ( PE) dan pneumonia. PE adalah masalah pengumpulan air berlebihan pada ruang antara tisu dan organ. Ini menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan berair serta bengkak, justeru mengundang salah faham ramai yang menyangka mandi malam punca paru-paru berair.
(*)Manakala Pneumonia atau radang paru-paru berlaku akibat jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ atau virus di paru-paru, yang menyebabkan keradangan berlaku. Kebanyakannya dikaitkan dengan sistem ketahanan tubuh atau imuniti yang lema. Pneumonia adalah berbeza dengan PE.
(*)Pneumonia boleh disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Pneumonia juga boleh diundang dalam penggunaan sesetengah ubat dan penyakit autoimmune seperti AIDS, ekzema, diabetes Melitus (tahap satu) dan banyak lagi. Kesannya, air akan terbentuk pada paru-paru akibat masalah kesihatan itu.
(*)Terdapat beberapa punca penyakit radang paru-paru dan mandi malam bukan di antaranya. Puncanya adalah:
(*)Usia: Orang lanjut usia biasanya lebih berisiko kerana sistem ketahanan tubuh mereka lebih lemah.
(*)Pesakit kencing manis: Pesakit kencing manis lebih mudah terkena penyakit paru-paru adalah mereka gagal mengawal paras gula dalam darah mereka dengan baik.
(*)Perokok: Golongan perokok sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.
(*)Kurang khasiat makanan: Kanak-kanak kecil atau orang tua yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk terdedah kepada pneumonia, kerana sistem ketahanan mereka yang lemah.
Kebaikan Mandi Malam
(*)Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda.
(*)Antara Kebaikan Mandi Malam Adalah:
1. Menurunkan Tekanan Darah
(*)Menurut pakar,mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Pada saat itu,tenaga anda akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.
2. Menyegarkan Tubuh Badan
(*)Setelah penat seharian dengan urusan di pejabat, tentu sekali badan anda ingin disirami air yang sejuk.Mandi pada waktu malam mampu membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi jika sebelum anda mahu tidur,anda mandi. Pastinya anda dapat tidur dengan nyenyak.
3. Membantu Memulihkan Ketegangan Otot
(*)Setelah seharian beraktiviti, pastinya anda berasa letih. Otot-otot tubuh anda anda ketika itu terlampau tegang dan kaku. Jadi jika anda mandi pada waktu malam,terutamanya dengan menggunakan air suam,ia dapat membantu mengendurkan otot yang keras. Nikmatnya apabila tubuh badan anda terasa lebih ringan, malah sengal-sengal di tubuh badan anda juga akan hilang.
4. Waktu Yang Panjang Untuk Membersihkan Badan
(*)Sememangnya semua orang akan mandi di waktu pagi. Disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan anda supaya berada di tempat kerja awal,memaksa anda terpaksa mandi dengan cepat.Keadaan ini pastinya sangat berbeza jika anda mandi malam. Anda mempunyai waktu yang lebih lama untuk membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Pada waktu ini anda mungkin boleh melakukan lulur,masker rambut atau membersihkan bulu-bulu roma di badan.Pendek kata, ringkasnya anda dapat membersihkan diri secara lebih mendalam dan menyeluruh. Dengan itu badan anda lebih bersih dan sihat.
Info Ekstra!
3 Waktu Mandi Yang Tidak Digalakkan
30 Minit Setelah Solat Asar
(*)Waktu ini adalah waktu di mana darah di dalam diri anda sedang panas. Oleh itu,jika anda mandi pada ketika itu, ia akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan pekerjaan.
Selepas Maghrib
(*)Selepas waktu Maghrib, jantung kita mulai lemah untuk melakukan pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mandi ketika itu,ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
Setelah Isyak Sehingga Jam 12 Malam
(*)Setelah solat Isyak, ini saatnya jantung kita sedang beristirahat. Jika anda mandi pada ketika ini,ia akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam seperti di antara jam 2 – 3 pagi, kerana pada ketika itu ia akan lebih memberikan tenaga kepada badan anda.
Kesimpulan:
(*)Anda tidak lagi perlu risau sekiranya mandi malam. Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita.
1 comments so far
info yg sangat menarik..saya mohon share.tq :)
EmoticonEmoticon