Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 kg tepung gandum
(*)1 biji telur
(*)1 sudu teh pewarna kuning
Bahan Kari Ayam ialah:
(*)1 ekor ayam | dipotong kecil
(*)1 liter santan
(*)4 sudu makan serbuk kari
(*)100 gm kentang
(*)Garam secukup rasa
(*)Sedikit air
Bahan Tumisnya ialah:
(*)4 biji bawang merah | dihiris halus
(*)3 ulas bawang putih | dihiris halus
(*)2 cm halia | dihiris halus
(*)30 gm bunga lawang
(*)30 gm bunga cengkih
(*)30 gm kulit kayu manis
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Bancuh tepung gandum, telur bersama sedikit air dan pewarna kuning hingga pekat.
(*)2. Sediakan kuali khas dan kiraikan roti jala mengikut saiz sederhana.
(*)3. Untuk kuah karinya, panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik baunya.
(*)4. Masukkan serbuk kari dan biarkan hingga pecah minyaknya.
(*)5. Tuangkan santan, ayam dan juga kentang. Biarkan hingga mendidih.
(*)6. Perasakan dengan garam, biarkan kuah sedikit pekat dan angkat.
(*)7. Hidangkan bersama roti jala.
EmoticonEmoticon