Saturday, 16 April 2016

Ketahui Kebaikan Jika Anda Bersauna

Tags


(*)Jangan tak tahu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak, kerana ia dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan membakar kalori pada masa yang sama.

(*)Konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas. Lazimnya bilik itu berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit.

(*)Ketika haba bilik mulai menjadi terlalu panas iaitu selepas 10 hingga 20 minit, seseorang itu akan menyejukkan badan sama ada dengan mandi atau masuk ke dalam kolam renang. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang berkali-kali.



6 Kebaikan Sauna

1. Membakar kalori

(*)Ketika proses berpeluh, kita sebenarnya mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.



2. Mengurangkan stress

(*)Stress boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang berpunca dari stress. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu lega dan tenang.



3. Kulit yang sihat

(*)Ketika melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menghasilkan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik dan sihat secara beransur-ansur.



4. Melegakan otot

(*)Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.



5. Detoksifikasi

(*)Setiap hari kita terdedah kepada toksin sama ada dalam makanan atau persekitaran kita. Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.



6. Hipertermia

(*)Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen lain.



Info Tambahannnn

(*)Bagi mereka yang menghidap sakit jantung, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko gangguan jantung.

(*)Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.

(*)Jika anda melakukan sauna lebih dari 20 minit, anda mungkin akan mengalami dehidrasi, sesak nafas, mual-mual pening dan juga pengsan. Pastikan anda berada di bilik sauna kurang daripada 45 minit.

(*)Tanggalkan kanta lekap sebelum memasuki sauna.

(*)Ibu hamil dilarang sama sekali melakukan sauna.


EmoticonEmoticon