(*)Alasan yang kerap diberikan ialah kerana terlalu mengejar masa, samada untuk pergi ke sekolah,kerja atau sebagainya. Di sebabkan alasan tersebut, ramai di antara kita yang mengambil tindakan pantas dengan menyediakan atau mengambil menu sarapan pagi yang tidak sihat.
(*)Berikut adalah contoh 8 menu sarapan pagi yang kurang menyihatkan tetapi selalu diambil oleh rakyat Malaysia.
1. Nasi Lemak
(*)Siapa yang mampu menolak apabila dihidangkan nasi lemak ketika bersarapan? Apatah lagi, jika nasi lemak itu diletakkan daun pisang. Umppp! Pastinya rasa nasi lemak itu lebih sedap. Menu sarapan pagi ini sememangnya merupakan hidangan kegemaran semua masyarakat Malaysia. Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat,protein dan lemak. Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal,telur rebus,ikan bilis dan juga kekacang.
2. Roti Canai
(*)Kebiasaanya awal pagi lagi masyarakat Malaysia akan menyerbu kedai mamak untuk menikmati menu sarapan pagi ini iaitu roti canai. Keenakkan roti canai bersama dengan kuah kari akan bertambah lagi sekiranya dimakan bersama dalca dan juga sambal bilis. Malangnya sekeping menu sarapan pagi ini bersamaan dengan 300 kalori. Jika dua keping bersamaan dengan 600 kalori dan itu tidak termasuk dengan kuah kari,dalca dan sambal tumis. Bagaimana? Anda terfikir untuk makan dua keping.
3. Nasi Goreng
(*)Nasi mengandungi karbohidrat yang boleh membekalkan tenaga kepada kita. Namun disebabkan nasi goreng tersebut digoreng bersama minyak,ayam,telur dan juga sedikit sayur,maka ia menjadi menu yang kurang sihat.
(*)Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi lebih kurang 630 kalori. Oleh itu,anda dinasihatkan hanya sekadar mengambilnya tidak lebih dari segenggam tangan anda.
4. Nasi Kerabu
(*)Nasi kerabu ini amat popular di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Maka tidak hairanlah jika di negeri Pantai Timur terbabit,nasi kerabu ini dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Walaubagaimanapun nasi kerabu ini mengandungi banyak kalori berpunca daripada hidangan sampingan yang perlu dimakan bersama-sama dengan nasi ini seperti ikan kering,ayam goreng,serbuk kelapa, solok lada dan juga keropok goring,dan juga budu.
5. Makanan Bergoreng
(*)Menu sarapan pagi ini sememangnya menjadi pilihan para ibu atau mereka yang ingin cepat untuk pergi ke kerja. Apatah lagi sememangnya masyarakat Malaysia sukakan makanan yang bergoreng seperti kentang goreng,nugget,sosej dan sebagainya. Namun tahukah anda bahawa nilai kalori akan lebih meningkat jika anda menggoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali. Oleh itu,gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus atau memanggang.
6. Nasi Kandar
(*)Siapa yang tak kenal Nasi kandar, kan? Nasi kandar adalah di antara menu sarapan pagi paling popular di Malaysia. Menu ini berasal daripada Pulau Pinang yang juga terkenal dengan pasembornya. Walaupun nasi mengandungi karbohidrat,namun ia juga mengandungi banyak kalori kerana pelbagai jenis kari dan kuah yang dituang ke atas nasi beserta hidangan sampingan lain. Antara hidangan sampingan yang selalunya lengkap bersama nasi kandar ini adalah ayam goreng, daging lembu, daging kambing, sotong, udang, telur, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.
7. Teh Tarik
(*)Teh tarik merupakan minuman pilihan rakyat Malaysia ketika bersarapan. Walaupun susu yang digunakan untuk membancuh teh tarik tersebut adalah susu penuh krim yang mempunyai sumber kalsium tetapi ia juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi lebih kurang 60kcal dan pastinya ia kurang elok untuk kesihatan anda.
8. Roti Manis Atau Donut
(*)Roti manis seperti roti krim,roti coklat atau donut sememangnya tinggi dengan kandungan lemak,gula dan karbohidrat. Sebiji donut mengandungi 200kcal. Oleh itu sekiranya anda makan satu dozen yang mengandungi enam biji donut pastinya pemakanan tanpa kawalan boleh memberi kesan kegemukan kepada diri anda.
EmoticonEmoticon