Bahan-Bahannya ialah:
(*)8 keping roti (roti gardenia atau jenama lain)
(*)3 biji telur ayam saiz besar
(*)1/2 cawan susu segar
(*)1/2 cawan serbuk roti
(*)1 genggam ikan bilis saiz kecil
(*)1 pokok daun bawang dipotong kecil
(*)10 batang daun kucai dipotong kecil
(*)1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
(*)1/2 keping kiub ikan bilis
(*)Secubit garam
(*)Cili merah dipotong halus jika suka
(*)Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Roti dipotong kecil-kecil. Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi. masukkan kiub ikan bilis dan garam.
(*)2. Masukkan daun bawang, daun kucai, bawang besar dan cili yang dipotong halus. Gaulkan semuanya.
(*)3. Masukkan serbuk roti, tambahkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair.
(*)4. Panaskan minyak dan goreng terendam sehingga masak.
(*)5. Hidangkan panas-panas bersama cili sos.
EmoticonEmoticon