Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 bungkus popia
(*)1/2 cawan horlicks
(*)1/2 cawan gula – kisar halus
(*)1 cawan nestum – kisar halus
(*)Lidi satay
(*)Telur
(*)Minyak masak
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur. Buat hingga habis.
(*)2. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
(*)3. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
(*)4. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.
(*)5. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut.
(*)6. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.
EmoticonEmoticon