Tuesday, 19 April 2016

Subhanallah! Ada Banyak Manfaat Amalan Bersedekah

Tags


(*)Sedekah, istilah dalam Islam membawa maksud pemberian atau amalan seseorang kepada orang lain secara suka rela, seperti mengeluarkan har­ta dengan niat mencari keredaan daripada Allah SWT. Namun, sedekah bukan hanya mengeluarkan harta semata mata. Nabi Muhammad SAW mengatakan bahwa:

 “Segala bentuk kebaikan adalah sedekah” (HR Muslim).



Antara Manfaat Sedekah Dalam Islam Adalah :

1. Dipanjangkan Umur

(*)Selama mana kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematiannya. Seseorang tidak boleh lari daripadanya, kematian tidak akan dipercepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun tanpa izin daripadaNya. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang.?

(*)Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qada dan qadar-Nya yang telah tertulis.


Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:”Jadilah!” maka terjadilah sesuatu itu.” (Surah Yassin ayat 81).



2. Dapat Menghapuskan Sifat Sombong, Takbur Dan Riak

(*)Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kedekut daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

(*)Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : “Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?


Nabi menjawab, “Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang hendak mendermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan untuk menjadi kaya).



3. Diperluaskan Rezekinya Dalam Kehidupan

(*)Dalam Al- Quran ada menyebut, siapakah yang hendak memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.

(*)Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. Jelaslah dengan kita memberi sedekah rezeki kita akan datang dengan murahnya dari-Nya.

(*)Sumber: Alquran(Surah Al Baqarah Ayat 245)



4. Sedekah Dapat Menyucikan Diri Dan Har­ta

(*)Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan ba­ha­wa, “Ambil sedekah daripada harta mereka un­tuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka.

(*)Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersede­kah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa dan har­ta yang dimiliki.”

(*)Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ke­ta­­hui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang diberikan sedekah,bahkan manfaat sedekah itu juga mampu kita ra­sa­kannya.

(*)Amalan sedekah sangat digalakkan da­lam Islam, kerana ia mampu memberikan ke­se­nangan dan kebahagiaan kepada pihak yang me­mer­lukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Selain itu, manfaat sedekah turut mengingatkan kita bahwa apa yang kita miliki adalah kenikmatan yang tidak lepas daripada izin Allah. Sebagai membentuk rasa syukur, maka kita perlu membahagi kenikmatan yang diperoleh kepada orang lain yang kurang berkemampuan.


EmoticonEmoticon