Tuesday, 19 April 2016

Resepi Popcorn Rangup

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(Popcorn)

(*)½ cawan bertih jagung
(*)1 ½  sudu besar mentega
(*)2 ½ besar minyak masak


(Sos Karamel)

(*)½ cawan gula pasir
(*)2 sudu besar mentega


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Panaskan minyak dalam periuk. Apabila sudah panas, cairkan pula mentega di dalam periuk yang sama.

(*)2.    Bolehlah dimasukkan bertih jagung dan kacau rata. Kemudian tutup rapat periuk.

(*)3.    Goyangkan periuk untuk pastikan setiap butir bertih jagung masak sepenuhnya.

(*)4.    Apabila bertih jagung sudah masak, angkat bertih jagung dan ketepikan.

*Untuk pastikan suhu minyak dan mentega sudah betul-betul sedia untuk memasak bertih jagung anda, letakkan sebutir dahulu di dalam periuk. Jika ia mengembang dengan cantik, barulah dituang semua bertih jagung yang lain.


(Sos Karamel)

(*)1.    Masak gula dengan api kecil sehingga cair. Kemudian dikacau rata dengan mentega.

(*)2.    Kacau perlahan sehingga sos terbentuk (bertukar warna keperangan).

(*)3.    Bolehlah ambil bertih jagung yang usdah siap tadi dan disalur rata dengan sos semasa sos sedang panas.

*Selepas menyalut bertih jagung dengan sos karamel, segera disimpand alam bekas bertutup bagi mengekalkan kerangupannya.


EmoticonEmoticon