Tuesday, 19 April 2016

Penyebab Hasad Dengki Dalam Hidup

Tags


(*)Manusia busuk hati biasanya mempunyai banyak idea untuk membuat khianat. Kadang-kadang secara spontan mereka boleh fikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain tanpa perlu membuat perancangan yang teliti.

(*)Hasad dengki adalah virus yang memboleh membahayakan hati serta melenyapkan segala kebaikan dengan sekelip mata. Virus ini juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tanpa  pilih ‘bulu’!

(*)Jadi, sebab itulah penyakit ini sering dijumpai sesama teman sepejabat, rakan seperjuangan dan sebagainya. Punca ataupun penyebab hasad dengki ini adalah kerana cinta dunia, sama ada cinta harta benda, kedudukan mahupun kata-kata pujian manusia.



Janganlah Jadi Orang Yang Hasad Dengki!

(*)Orang yang memiliki sifat hasad dengki ini sebenarnya tidak dapat menyempurnakan imannya. Ini adalah kerana dia tidak dapat mencintai saudara seagamanya serperti mencintai dirinya sendiri.

(*)Hasad dengki ini merupakan sifat orang Yahudi yang dilaknati Allah. Jadi sesiapa sahaja yang memilikinya bermakna menyerupai mereka.

(*)Boleh menimbulkan sifat ego yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.

(*)Sifat hasad dengki ini boleh memakan diri sendiri serta melumatkan kebaikan yang dimilikinya.

(*)Hasad dengki akan mencegah seseorang  itu daripada membuat segala kebaikan dan kemanfaatan.

(*)Hidupnya juga akan menjadi tidak pernah tenang dan tenteram, apatah lagi bahagia. Hidupnya akan
selalu dalam keadaan resah serta tidak puas hati melihat orang lain lebih daripadanya.


(*)Ternyata penyakit hasad dengki ini tidak boleh diubati dengan pil atau kapsul dan juga suntikan. Sebaliknya ubat paling mujarab adalah ilmu dan amalan. Mudah-mudahan sifat orang Yahudi yang dilaknati Allah ini, tidak ada dalam diri kita! Insya-Allah.Cara bagaimana kita mengatasi perasaan hasad dengki ini dengan menenangkan diri dan sentiasa bersikap positif kepada diri sendiri dan orang lain.


EmoticonEmoticon