Tuesday, 19 April 2016

Casserole Sosej Dan Kentang Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)100gm kentang | dipotong dadu
(*)100gm sosej | dihiris
(*)50gm bawang Holland | dihiris
(*)30gm tepung gandum
(*)60gm krim putar
(*)30gm mentega
(*)50gm Shredded Cheddar Cheese
(*)Secubit serbuk paprika
(*)Garam ikut keperluan
(*)Serbuk lada hitam ikut keperluan


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°selsius. Sementara itu, sediakan bahan lain.

(*)2. Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega. Kemudian masukkan hirisan sosej dan kentang. Masak sehingga wangi.

(*)3. Campurkan tepung bersama krim putar dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.

(*)4. Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.

(*)5. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.


EmoticonEmoticon