(*)Mengekalkan kebahagiaan adalah penting untuk memastikan rumah tangga yang telah dibina kekal utuh dan berkekalan. Salah satu cara untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga ialah dengan sentiasa melayan suami dengan ikhlas.
(*)Apa perkara yang boleh membuatkan suami sayang pada anda? Apa patut dilakukan untuk menambat hati suami supaya setia pada anda? Adakah rupa paras yang cantik sudah mencukupi untuk membuatkan suami anda kekal jatuh cinta dengan anda?
Di sini ada cara bagaimana untuk melayan suami anda. Antaranya ialah:
1. Lemparkan senyuman pada suami
(*)Dari sudut psikologi, senyum mampu memberi kelegaan atau menyejukkan hati seseorang apabila memandang pada kita.
(*)Leparkanlah senyuman kepada suami tercinta apabila dia baru balik bekerja. Pasti segala penat lelah selepas kerja akan hilang apabila melihat isteri sendiri manis ketika senyum.
2. Memiliki sikap keibuan
(*)Sifat keibuan seperti mengambil berat, lembut dan penuh kasih sayang. Jadikan anda sebagai tempat untuk si dia meluahkan perasaan dan permasalahan yang membelengu dirinya.
(*)Jadi sekurang-kurangnya seperti mana setiap ibu melayan anak-anaknya. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. Bukan hanya ketika selepas bersalin sahaja.
3. Sifat manja
(*)Sifat manja seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Terselit juga perasaan kebapaan apabila si isteri bersifat manja. Si Adam juga akan merasa diri dihargai.
(*)Sifat manja juga dapat merapatkan hubungan intim anda dan bersama suami anda.
(*)#Pastikan anda tidak terlalu ‘kebudak-budakkan’ apabila bersama suami anda kerana risau akan membuatkan si suami menyampah dengan sikap anda.
4. Ringan Tulang
(*)Bekerja sama dan saling menolong dalam kehidupan rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab pasangan suami isteri. Seperti yang diketahui si suami akan sibuk mencari nafkah untuk keluarga mereka untuk dapat membeli barangan keperluan dan juga makan minum isteri dan anak-anak.
(*)Di kala si suami sibuk mencari nafkah untuk kerluarga, si isteri (terutama bagi suri rumahtangga) hendaklah ringan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan rumah, membasuh pakaian dan memasak, supaya dapat meringankan penat lelah dan keringat si suami yang penat bekerja.
5. Sentiasa menjaga penampilan
(*)Lelaki mana yang tidak suka akan penampilan wanita yang ramping, kemas dan cantik. Apabila seseorang wanita itu menjaga penampilan untuk pasangannya, pasti si suami berasa seperti dihargai.
(*)Pasti suami akan tersenyum lebar dan berbangga kerana isterinya pandai menjaga penampilan. Tidak perlu cantik kerana penampilan yang cantik sudah cukup menarik perhatian pasangan anda.
6. Peramah dan dapat menyesuaikan diri
(*)Kaum lelaki suka wanita yang peramah dan menyesuaikan diri. Mereka gemar melihat wanita pandai melayan karenah orang-orang tua, kawan-kawan atau rakan-rakan mereka (wanita).
(*)Mereka juga suka wanita yang mudah menyesuaikan diri apabila tiba di tempat baru. Lelaki kadang kala tidak suka wanita yang mempunyai banyak ragam dan terlampau cerewet.
(*)#Sifat peramah dan mudah menyesuaikan diri anda bukan sahaja membuatkan suami suka pada anda. Tetapi juga akan membuatkan keluarga mertua anda sayang pada anda.
7. Memiliki sifat penyayang dan pemaaf
(*)Pasangan mana sahaja yang tidak pernah melakukan khilaf dan berselisih faham. Hal ini memang tidak dapat dielakkan.
(*)Jika hal ini berlaku dan anda yang melakukakan kesilapan, mohonlah maaf kepada suami anda. Minta maaf dengan bersungguh-sungguh dan seiklasnya. Mungkin akan lembut hati suami anda untuk memaafkan kesalahan anda
(*)Jika suami yang melakukan kesalahan, maafkanlah kesilapan suami anda itu. Usahlah terlalu ego untuk memaafkan kesilapan dia. Ia bukan melibatkan anda dan suami anda sahaja, jika anak-anak melakukan kesalahan, maafkan kesilapan mereka.
(*)Sikap penyanyang anda juga hendaklah meliputi antara anda dan keluarga anda, keluarga mertua, malah jiran mahupun orang awam. Jika kita sematkan sayangkan kita pada orang lain, orang lain juga akan turut sayang pada kita
(*)#Usah terlalu ego untuk meminta maaf atau selalu meleteri kesilapan yang anda dan pasangan anda lakukan. Sifat mengalah perlu disemat supaya rumah tangga kekal utuh dan aman.
8. Memiliki sikap penyabar
(*)Kadangkala rumah tangga ini mempunyai pasang surutnya. Adakala kita diuji dengan masalah hubungan kita dengan suami, kehilangan ahli keluarga ataupun masalah ekonomi yang melanda pada keluarga.
EmoticonEmoticon