Tuesday, 19 April 2016

Resepi Sambal Goreng Jawa Berkicap Meletopsss

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)4 keping tempe | hiris nipis & goreng
(*)3 biji kentang | hiris nipis & goreng
(*)2 biji tauhu | hiris nipis & goreng
(*)100gm fucuk | rendam
(*)100gm suhun | rendam
(*)100gm hati/pedal ayam | potong kecil & goreng
(*)8 biji cili padi | mayang halus
(*)3 biji cili merah | mayang halus
(*)2 batang serai muda | mayang halus
(*)2cm halia muda | mayang halus
(*)6 ulas bawang merah | mayang halus
(*)4 ulas bawang putih | mayang halus
(*)4 sudu makan kicap lemak manis
(*)Garam dan lada sulah secukup rasa
(*)Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan mayang hingga wangi.

(*)2. Masukkan fucuk, suhun dan semua bahan goreng.

(*)3. Tuang kicap dan kacau rata. Biarkan masak beberapa minit hingga semua bahan sebati.

(*)4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

(*)5. Angkat dan sedia dihidangkan.


EmoticonEmoticon