Thursday 14 April 2016

Resepi Telur Masak Kari Kerala Tralalala

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)2-3 biji telur | direbus dan dipotong dua
(*)2 labu bawang merah | dihiris nipis
(*)2 biji tomato | dihiris
(*)2 ulas bawang putih | dihiris nipis
(*)2cm halia | dihiris nipis
(*)1 tangkai daun kari
(*)¾ sudu teh serbuk garam masala
(*)¼ sudu teh serbuk lada hitam
(*)1 susu teh serbuk cili
(*)¼ sudu teh serbuk ketumbar
(*)¼ sudu teh serbuk kunyit
(*)Sedikit air
(*)Sedikit minyak
(*)Garam secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihiris (kecuali tomato) bersama daun kari sehingga layu.

(*)2.    Apabila sudah mulai naik bau, bolehlah dimasukkan serbuk garam masala, serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Selepas itu masukkan tomato dan biar ia mereneh sedikit. Perasakan dengan garam.

(*)3.    Apabila air tomato mula keluar, masukkan sedikit air. Biarkan sehingga mereneh dan perlahankan api. Masukkan telur rebus dan tutup periuk. Biarkan seketika.

(*)4.    Setelah 10 minit, api bolehlah dipadamkan. Jika mahu boleh taburkan daun ketumbar yang dicincang halus. Kacau perlahan-lahan supaya telur tidak berderai.


EmoticonEmoticon