(*)Pokok prune ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah prune di Asia.
Khasiat Buah Prune
- (*)Isi buah prune rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
- (*)Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.
- (*)Kajian mendapati bahawa buah prune memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh.
- (*)Pengambilan buah prune juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh.
- (*)Buah prune boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.
- (*)Membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.
- (*)Vitamin C di dalam buah prune mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid.
- (*)Buah prune juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.
- (*)Ia juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.
- (*)Kekerapan memakan buah prune boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah prune juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
- (*)Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.
EmoticonEmoticon