Thursday, 14 April 2016

Brokoli Mampu Bantu Percepatkan Kehamilan Dan Menghaluskan Kulit Anda

Tags


(*)Brokoli telah lama dianggap sebagai salah satu makanan super yang dikemas dengan khasiat kesihatan yang luar biasa. Nilai pemakanan dari brokoli boleh dianggap sebagai penjana tenaga zat besi, protein, kalsium, kromium, karbohidrat, vitamin A dan vitamin C.Brokoli juga mengandungi phytochemical penting dan antioksidan, yang melawan pelbagai penyakit dan jangkitan.



Khasiat Brokoli Ialah :


Kesihatan Bayi

(*)Brokoli boleh membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Kandungan vitamin dan juga kalsium yang terkandung dalam brokoli sangat baik untuk membantu pertumbuhan tulang.Selain itu, brokoli juga boleh meningkatkan sistem imun pada bayi agar tidak mudah diserang penyakit.


Mencegah Penyakit Jantung

(*)Sayur brokoli mengandungi glucoraphanin yang boleh membantu menjaga kesihatan jantung. Hal inilah yang membuat brokoli sangat baik untuk dimakan sebagai pencegah penyakit jantung.


Menghaluskan Kulit

(*)Manfaat brokoli untuk kecantikan iaitu dapat menghaluskan kulit tubuh. Brokoli boleh memperbaiki kerosakan yang berlaku pada kulit dari dalam. Selain itu, brokoli juga boleh dijadikan sebagai lulur badan.


Masalah Kemurungan

(*)Brokoli banyak mengandungi vitamin B dan juga folat. Kandungan inilah yang dapat mengurangkan dan mencegah kemurungan. Orang yang kekurangan folat dan juga vitamin B akan mudah lelah dan kemurungan. Dengan memperbanyak makan brokoli boleh mengembalikan mood yang kurang bagus menjadi bagus kembali dan boleh mengembalikan ingatan serta juga memberi kesan yang menenangkan.


Mencegah Keracunan

(*)Brokoli mengandungi vitamin C dan asid amino sulfur sehingga menjadikan brokoli sebagai penawar keracunan yang sangat baik. Brokoli juga dapat membantu menghilangkan radikal bebas.


Membantu Sistem Penghadaman

(*)Brokoli mengandungi serat yang dapat membantu sistem pencernaan dan juga membantu mencegah sembelit.


Melindungi Radiasi UV

(*)Penyelidik mendapati sebatian sulforaphane dalam brokoli yang membantu mengurangkan kerosakan kulit dan keradangan yang disebabkan oleh pendedahan UV.


Membantu Kehamilan

(*)Brokoli adalah sumber yang baik folik yang membantu mencegah cacat saraf seperti spina bifida dalam janin. Semua wanita memerlukan sumber folat ketika hamil.


EmoticonEmoticon