Monday, 18 April 2016

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang Power

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)2 biji jantung pisang | dikupas dan dicelur lembut
(*)5 biji bawang merah | ditumbuk halus
(*)3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
(*)1sm kunyit hidup | ditumbuk halus
(*)50gm ikan bilis | ditumbuk halus
(*)1 batang serai | diketuk
(*)250ml santan
(*)Air secukupnya
(*)Garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Sediakan sebuah periuk yang sesuai. Tuangkan air, masukkan bahan yang ditumbuk kasar dan serai yang diketuk.

(*)2. Didihkan sehingga mendidih dan menggelegak. Setelah bahan rencah layu, masukkan jantung pisang yang telah direbus dan tuangkan santan.

(*)3. Gunakan api perlahan, kacau selalu dan reneh sehingga masak sebati.

(*)4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.


EmoticonEmoticon