Monday, 18 April 2016

10 Khasiat Ajaib Bawang Putih Yang Anda Kena Tahu

Tags


Bawang putih banyak digunakan dalam setiap masakan. Di samping itu, bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit. Jadi, anda perlu tahu apa sahaja manfaat ataupun khasiat bawang putih.


1. Mengatasi Masalah Jerawat

(*)Bawang putih merupakan ubat semulajdi yang mampu mengusir jerawat kerana mengandungi antioksidan yang boleh membunuh bakteria. Gosok hirisan bawang putih pada jerawat di wajah secara perlahan-lahan.



2. Menyembuhkan Penyakit Kulit

(*)Khasiat bawang putih dikatakan sangat berguna untuk mengurangi infeksi penyakit kulit. Cuba sapu sedikit minyak bawang putih di kawasan yang telah dijangkit itu. Lakukan secara rutin untuk hasil kulit yang lebih sihat dan halus.



3. Mencegah Rambut Rosak

(*)Bawang putih boleh mengatasi masalah rambut rosak. Dengan kandungan ‘allicin’ yang tinggi, khasiat bawang putih ini dipercayai sangat berkesan untuk mencegah rambut rosak.

(*)Urut kulit kepala dengan minyak bawang putih bagi merangsang pertumbuhan rambut.



4. Mencegah Serta Mengubati Perut Kembung

(*)Pengambilan bawang putih secara teratur boleh menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bawang putih menghancurkan  bakteria usus berbahaya dan membuatkan penghadaman menjadi lebih lancar.



5. Mencegah Kanser

(*)Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat membantu mencegah kanser. Jika anda adalah seorang yang kuat merokok, anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser.



6. Meredakan Rasa Kebas Sendi

(*)Jika anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian tuamkan  pada bahagian lutut atau sendi-sendi yang kebas. Bawang putih akan meredakan rasa kebas tersebut.



7. Mengatasi Diabetis

(*)Jika anda penghidap diabetis, bawang putih juga baik untuk mengawal jumlah kadar gula di dalam darah.



8. Melancarkan Perjalanan Darah

(*)Mengunyah bawang putih juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.



9.  Menghilangkan Gatal Akibat Kulat

(*)Dengan sifat anti kulat, bawang putih dapat menjadi ubat paling mujarab untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendak kaki dalam bekas berisi air suam dan cincang bawang putih tersebut.



10. Menghalau Nyamuk Dan Serangga

(*)Bukan ‘hantu’ sahaja yang takut dengan bawang putih, tapi anda patut  mencuba petua ini, bahawa nyamuk juga takut dengan bawang putih.

(*)Gosok bawang putih pada kulit untuk menghalau nyamuk atau letakkan sahaja bawang putih yang sudah dikupas kulitnya di mana-mana tempat yang anda rasakan banyak nyamuk.


EmoticonEmoticon