Monday, 18 April 2016

Resepi Sup Bawang Besar Terbaik

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH :

(*)2 – 3 bawang besar (saiz sederhana)
(*)6 cawan stok ayam / daging
(*)Thyme (kuantiti terpulang)
(*)Beberapa keping daun bay
(*)Keju
(*)Roti bun
(*)Garam
(*)Lada sulah


CARA MASAKANNYA IALAH :

(*)Hiris halus bawang besar

(*)Panaskan periuk dengan mentega dengan api yang sederhana.Masukan hirisan bawang ke dalam periuk dan gaul sehingga rata. Biarkan selama 20 – 30 minit atau warna bawang menjadi keperangan.

(*)Taburkan sedikit lada sulah, masukan beberapa keping daun bay  dan thyme ke dalam periuk.

(*)Tuangkan stok ayam / daging dan biarkan ia mereneh.

(*)Kemudian, letak secubit garam dan gaul sehingga sebati lalu matikan api.

(*)Sementara itu, potong bun sehingga menjadi bentuk bulat dan tungkan sedikit minyak zaitun lalu taburkan garam dan lada sulah ke atasnya. Bakar ia dalam ketuhar 180 – 190oC selama 10 – 15 minit atau sehingga keperangan.

(*)Sebaik sahaja ia dibakar, mula hiasi hidangan.

(*)Tuangkan sup ke dalam mangkuk dan letakkan roti di atasnya. Sagatkan keju ke atasnya hingga menutupi roti tersebut.

(*)Bakar semula dalam ketuhar selama 10 minit.

(*)Sejukan sebentar dan sedia di hidangkan. Nah, kini kamu boleh nikmatinya!


EmoticonEmoticon