(*)Kita semua tahu bahawa telur mempunyai manfaat yang sangat baik untuk tubuh, dan ramai diantara kita mengambil telur kerana menginginkan kandungan protein yang terdapat di dalamnya. Namun tahukah anda selain daripada itu, putih telur mempunyai banyak manfaat luar biasa untuk kecantikan? Nah, kami kongsikan kepada anda:
1. Menghaluskan Kulit
(*)Telur mengandungi protein yang tinggi, khususnya pada putih telurnya. Protein tersebutlah yang dipakai untuk menghaluskan kulit anda. Caranya? Hanya campurkan putih telur dengan yogurt kemudian oleskan pada kulit wajah mahupun badan.
2. Menyingkirkan Minyak
(*)Seperti yang kita ketahui salah satu cara menghilangkan minyak pada wajah adalah dengan vitamin E, dan vitamin itu terdapat dalam telur. Caranya cukup mudah, seperti cara diatas, hanya mengambil putih telur dan oleskan pada wajah anda.
3. Menghilangkan Jerawat
(*)Putih telur juga dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat yang ada di wajah anda, hal ini kerana kandungan asid amino dan protein pada putih telur baik untuk menghilangkan jerawat. Caranya, oleskan mask putih telur pada wajah anda, biarkan selama 20-30 minit, kemudian bersihkan dengan air suam.
4. Sebagai Pelembap Rambut
(*)Kandungan protein yang ada pada telur juga dapat digunakan untuk menjadi pelembap rambut anda. Tidak perlu menggunakan bahan-bahan kimia, cukup menggunakan putih telur sahaja, rambut anda akan kelihatan lembap dan sihat. Hanya oleskan putih telur pada rambut anda, tunggu beberapa saat, kemudian bilas dengan syampu supaya kesannya lebih cepat dan menyegarkan.
5. Menghilangkan Kelemumur
(*)Putih telur juga dapat menghilangkan kelemumur di rambut anda, caranya hanya dengan oleskan putih telur pada kulit kepala anda, kemudian tunggu selama 10-15 minit. Setelah itu, bilas dengan dengan air sejuk. Anda juga boleh menggunakan syampu anti kelemumur untuk kesan yang lebih maksima.
6. Mengurangkan Rambut Gugur
(*)Zat besi yang terkandung pada putih telur juga sangat baik untuk kesihatan rambut anda, dan dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Cukup tambahkan lemon pada putih telur dan sapukan pada rambut anda, kemudian bilas dengan air sejuk. Setelah itu, cuci rambut anda dengan syampu seperti biasa.
7. Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
(*)Putih telur juga berkuasa dalam menghilangkan lingkaran hitam bawah mata anda hanya dengan menyediakan mask putih telur, dan oleskan pada bawah mata anda. Untuk mendapatkan sensasi segar, anda juga boleh meletakkan hirisan timun di atas mask putih telur tadi.
EmoticonEmoticon