Thursday, 21 April 2016

Resepi Kerepek Jejari Ketam Rangup

Tags


Bahan-Bahannya Ialah:

(*)2 Bungkus Stick Ketam
(*)1 sk serbuk cukup rasa (atau 1 kiub ayam Maggie hancurkan – optional)
(*)1/2 sk serbuk lada sulah
(*)3 sb tepung jagung
(*)1/2 sk serbuk kari
(*)3 Tangkai Daun Kari
(*)Minyak untuk Mengoreng


Cara Membuatnya Ialah:

(*)1. Rendam bungkusan stick ketam dan keluarkan dari plastik. Toskan kering-kering dan siat-siat hingga halus.

(*)2. Campurkan serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur daun kari dan tepung jagung. Kemudian gaulkan stik ketam tadi. Gaul rata-rata tetapi perlahan-lahan supaya stik ketam tak putus pulak.

(*)3. Jemur terlebih dahulu sehingga kering. Kalau dijemur cepat garing dan tak banyak serap minyak. (Boleh juga kalau tak dijemur).

(*)4. Panas kan minyak dan goreng hingga kuning dan ranggup. Taburkan sedikit daun kari ke dalam minyak.

(*)6. Simpan dalam bekas kedap udara bila dah sejuk. Siap untuk dimakan.


EmoticonEmoticon