(*)Petua menggunakan bedak sejuk bukanlah perkara asing bagi masyarakat Melayu. Ini adalah petua turun temurun sejak zaman nenek moyang lagi.
(*)Masyarakat zaman dahulu sememangnya terkenal dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mendapatkan wajah yang cantik, mulus dan licin. Hingga ke hari ini, bedak sejuk yang diperbuat daripada beras masih terdapat di pasaran.
Kebaikan Bedak Sejuk
(*)Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan hasil daripada pemakaian bedak sejuk. Malah bedak sejuk ini boleh dipakai oleh perempuan dan juga lelaki. Antara kebaikan bedak sejuk adalah:
(*)Melicinkan kulit muka.
(*)Memberi kesegaran pada kulit.
(*)Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka.
(*)Menanggalkan sel kulit mati.
(*)Membantu menyejukkan kulit.
(*)Membersih dan menegangkan wajah
(*)Membantu pengecutan dan menghilangkan jerawat.
(*)Menyejukkan kulit wajah akibat terkena sinar matahari .
(*)Dapat menyejukkan badan bayi dan juga orang dewasa.
(*)Dapat menyembuhkan sakit ruam, demam atau penyakit lain pada bayi.
Cara Membuat Bedak Sejuk
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Ialah:
(*)Beras yang sudah dibersihkan.
(*)Air daun pandan.
(*)Bunga melur, bunga tanjung, dan bunga cempaka.
(*)Akar-akar dan rempah-ratus seperti jintan hitam,kayu manis, dan kunyit.
Cara Membuatnya Ialah:
(*)1. Rendamkan beras dalam air daun pandan selama 3 hari 3 malam. Kemudian, taburkan bunga melur, bunga tanjung dan bunga cempaka di dalam rendaman beras untuk mendapatkan aroma yang menyegarkan.
(*)2. Tutupkan bekas rendaman itu dengan kain yang berlubang kecil untuk mengelakkan serangga ataupun binatang kecil masuk.
(*)3. Simpan bekas rendaman itu di tempat yang mudah mendapatkan titisan embun.
(*)4.Akar-akar dan rempah ratus tadi dicampur, ditumbuk, lalu dikeringkan dan ditapis sampai mendapatkan debu halusnya saja.
(*)5.Setelah 3 hari 3 malam, beras akan mengembang dan wangi. Kemudian tumbukkan beras tersebut sehingga halus seperti tepung.
(*)6.Ayak tumbukan beras itu sehingga anda mendapatkan beras yang halus.
(*)7.Campurkan hasil tumbukan beras dengan debu halus akar-akar dan rempah ratus tadi.
(*)8.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran tersebut sebati.
(*)9.Titikkan campuran tersebut membentuk bulatan kecil di atas kain yang bersih.
(*)10. Jemur bulatan kecil itu selama 3 hari sehingga kering.
(*)11. Bedak sejuk yang telah kering itu dapat digunakan.
EmoticonEmoticon