Bahan-Bahannya ialah:
(*)Nasi putih secukupnya
(*)Beberapa bahagian ayam dipotong kecil
(*)5 ekor udang
(*)4 ulas bawang putih – cincang
(*)2 biji telur
(*)Sedikit sayur campur
(*)Garam dan gula
(*)Serbuk perasa
(*)Serbuk lada putih
(*)Bawang goreng – hiasan
(*)Daun bawang – hiris
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
(*)2. Masukkan ayam dan udang dan biarkan ia masak.
(*)3. Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.
(*)4. Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.
(*)5. Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi. Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.
(*)6. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.
EmoticonEmoticon