Thursday 21 April 2016

Nak Makan Tapi Takut Gemuk, Jom, Ikuti Langkah Ini

Tags


(*)Menikmati pelbagai jenis makanan memang nikmat tetapi kesannya pasti membuatkan anda kecewa. Memang susah untuk mengawal diri daripada makan pelbagai jenis makanan apatah lagi jika anda seorang pencinta makanan.

(*)Bukannya tidak boleh makan langsung makanan kegemaran, syaratnya, selepas makan, anda perlu berusaha untuk ‘membakar’ kalori yang telah diambil. Berlari adalah salah satu cara membakar kalori hasil daripada makanan yang telah dimakan.

(*)Ini adalah jumlah larian dalam kiraan kilometer yang perlu anda lakukan selepas pengambilan makanan tersebut.


1. Secawan Kopi

(*)Selepas minum secawan kopi, anda perlu berlari sebanyak 0.42 kilometer untuk membakar kalori.


2. Kentang Goreng

(*)Menikmati kentang goreng sambal menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen memang mengasyikkan bukan? Tetapi, anda perlu tahu bahawa untuk membakar kalori bagi sebekas kentang goreng saiz sederhana memerlukan anda berlari sebanyak 5.97 kilometer.


3. Burger Daging

(*)Enaknya makan burger. Bagi membakar kalori untuk sebiji burger daging yang dimakan memerlukan anda berlari sejauh 4.05 kilometer.


4. Kerepek Kentang Berkeju

(*)Mengunyah kerepek kentang sungguh melekakan. Tanpa sedar, anda sudah menghabiskan sebungkus kerepek kentang. Bagi membakar kalori bagi sepeket kerepek kentang yang anda makan, anda perlu berlari sejauh 10.07 kilometer.


5. Bebola Coklat Bersalut Kacang

(*)Semua orang menyukai coklat terutama yang disalut dengan kekacang. Namun ketahuilah bahawa untuk sebiji dua biji bebola coklat yang anda makan, memerlukan anda berlari sejauh 2.21 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil.


6. Minuman Berkarbonat

(*)Minuman berkarbonat tidak mempunyai zat tetapi banyak kalori yang datangnya daripada gula. Jika anda minum se tin minuman berkarbonat, anda perlu berlari sejauh 1.87 kilometer untuk membakar kalori di dalam tubuh.


7. Energy Bar

(*)Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa makan sekeping energy bar sebagai salah satu cara untuk berdiet. Bagi setiap keping enegy bar yang diambil memerlukan anda berlari sejauh 3.97 kilometer untuk membakar kalori.


8. Sekeping Coklat

(*)Mungkin ini berita kurang menggembirakan buat mereka si penggemar coklat. Jika anda makan sekeping coklat, ini bermakna anda perlu berlari sejauh 3.54 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil. Oleh itu, makan biar berpada-pada.


EmoticonEmoticon