Thursday 14 April 2016

Resepi Bibimbap Saranghaeyo Oppa

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)100gm daging batang pinang | dihiris nipis memanjang
(*)2 pokok bayam Jepun | celur dan potong
(*)1 batang lobak merah | dipotong halus memanjang
(*)3 butang cendawan Shiitake segar | dihiris nipis
(*)2 inci lobak putih | dihiris nipis memanjang
(*)1 biji telur
(*)15ml minyak zaitun
(*)Garam secukup rasa
(*)Lada hitam secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK SOSNYA IALAH:

(*)60gm pes cili Korea
(*)30gm minyak bijan
(*)30gm gula
(*)15ml air
(*)5ml cuka epal
(*)5ml bawang putih | dicincang
(*)10gm bijan panggang


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Gaul daging bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam. Goreng seketika dengan sedikit minyak zaitun. Angkat dan ketepikan.

(*)2. Goreng seketika lobak merah dan cendawan Shiitake secara berasingan. Perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Angkat dan ketepikan.

(*)3. Celur dan potong bayam Jepun.

(*)4. Goreng telur sehingga ia menjadi separuh masak sahaja. Sementara itu, gaulkan kesemua bahan-bahan untuk sos sehingga sebati.

(*)5. Untuk menghidangkan Bibimbap, sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letakkan telur separuh masak di tengah nasi. Susun setiap sayur dan daging di sekeliling telur dan hidangkan bersama sos.


EmoticonEmoticon