Thursday 14 April 2016

Ketahui Punca Ketumbuhan Otak Dan Tanda-Tanda Jika Anda Menghidapnya

Tags


Punca Ketumbuhan Otak

Punca ketumbuhan otak sebenarnya sukar diketahui.

(*)Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau dan sindrom Li-Fraumeni diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf.

(*)Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.


Gejala Ketumbuhan Otak

(*)Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan. Ketumbuhan boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil ‘hydrocephalus’. Tekanan yang dibangkitkan di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:

(*)Sakit kepala.
(*)Loya dan muntah.
(*)Resah gelisah
(*)Mudah marah/gelisah.
(*)Perubahan personaliti.
(*)Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
(*)Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.


Ketumbuhan yang berlaku di bahagian ‘cerebellum’ boleh menyebabkan lemah dan ketidakseimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh ketumbuhan. Ini termasuk:

(*)Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.
(*)Hilang ingatan jangka pendek.
(*)Petuturan yang tidak jelas.
(*)Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang melibatkan saraf tunjang.

Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.


Jenis Ketumbuhan Otak

(*)Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya dua jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu ‘medulloblastoma’ dan ‘glioma’.


Rawatan

(*)Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.

(*)Kadang-kala saluran tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala. Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa sesetengah sel kanser tertinggal, maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.

(*)Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.


EmoticonEmoticon