Thursday 14 April 2016

Resepi Dorayaki Doraemon

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)100gm tepung kek | diayak
(*)1/2 sudu kecil serbuk penaik | diayak
(*)60gm gula halus
(*)2 sudu madu
(*)2 biji telur
(*)1/2 sudu besar minyak masak atau minyak jagung
(*)1/2 sudu kecil esen vanila

*Bahan inti terpulang kepada selera anda sama ada mahu menggunakan kacang merah, coklat, mentega kacang, jem buah-buahan atau krim vanila.


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.    Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan madu, minyak dan esen vanila.

(*)2.    Masukkan tepung dan serbuk penaik ke dalam adunan telur tadi. Kaup balik sehingga rata.

(*)3.    Panaskan non stick pan dan tuang sedikit adunan secara membulat ke dalam kuali.

(*)4.    Biarkan masak dan boleh diletakkan inti dan apit dua keping dorayaki bersama. Siap!


EmoticonEmoticon