Thursday 14 April 2016

Jom, Putihkan Wajah Dengan Khasiat Beras Pulut

Tags


(*)Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos, merupakan beras pulut. Pulut tidak mengandungi gluten diet, iaitu tidak mengandungi glutenin dan gliadin. Apa yang membezakannya daripada jenis-jenis beras yang lain adalah ia mengandungi sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose, tetapi sebaliknya banyak mengandungi amilopektin. Kedua-dua bahan tersebut merupakan bahan kanji. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat melekit.


Khasiat Beras Pulut Ialah:

(*)Membantu memulihkan kulit yang pucat dan kusam untuk kembali segar.
(*)Kandungan zat di dalamnya membekalkan oksigen kepada sel-sel darah merah.
(*)Menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati serta menghaluskan kulit wajah.
(*)Membantu fungsi-fungsi otot, saraf, kelenjar thyroid dan sistem kekebalan tubuh, tindak-balas penyempurnaan (synthesis) protein dan DNA.
(*)Menghilangkan kesan parut luka dan memutihkan wajah serta badan.
(*)Mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6, vitamin terserap air dari kumpulan B-Kompleks. Vitamin-vitamin ini berperanan penting menyihatkan penglihatan, menghasilkan hormon dan amat berguna pada sistem saraf pusat dan fungsi metabolisma tubuh.
(*)Mengembalikan seri kulit dan awet muda akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.


Info Tambahan!!!

(*)Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah.


EmoticonEmoticon